Analisis riwayat Al-Mudallisin di dalam Sahih Ibn Hibban

Imam Ibn Hibban adalah salah seorang tokoh dalam ilmu hadith. Antara kitab yang

ditulis olehnya adalah Sahih Ibn Hibban. Dalam kitab tersebut dan juga beberapa

kitabnya yang lain seperti Kitab al-Thiqat dan Kitab al...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9055 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Imam Ibn Hibban adalah salah seorang tokoh dalam ilmu hadith. Antara kitab yang

ditulis olehnya adalah Sahih Ibn Hibban. Dalam kitab tersebut dan juga beberapa

kitabnya yang lain seperti Kitab al-Thiqat dan Kitab al-Majruhin min al-Muhaddithin,

beliau menyatakan tidak akan berhujah dengan riwayat-riwayat yang bertaraf almudallas.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa riwayat yang diriwayatkan oleh

perawi al-mudallis dengan lafaz `an`anah di dalam kitab sahihnya. Terdapat dua tokoh

hadith pada zaman ini iaitu Shaykh Nasir al-Din al-Albani dan Shaykh Shu`ayb al-

Arna ut telah mentakhrij hadith di dalamnya dan hasilnya terdapat 31 hadith yang

diriwayatkan oleh perawi al-mudallis dengan lafaz `an`anah. Kajian ini bertujuan

menganalisis definisi al-mudallis di sisi Ibn Hibban dan juga untuk melihat ketepatan

metodologi yang telah digariskan oleh Ibn Hibban sendiri. Kajian ini mengaplikasikan

kaedah penyelidikan kualitatif yang dilaksanakan melalui kaedah pengumpulan data

khususnya dari karya-karya induk hadith dan seterusnya menganalisis data-data tersebut

berdasarkan kaedah induktif dan deduktif. Kepentingan pada kajian yang dihasilkan

adalah dapat mengetahui tidak semua perkataan sahih pada judul sesebuah kitab

menunjukkan hadith-hadith di dalamnya kesemuanya sahih. Kajian ini mendapati definisi

al-tadlis di sisi Ibn Hibban merangkumi perawi yang meriwayatkan hadith yang dia tidak

dengari daripada guru yang dia pernah bertemu dengannya dan perawi yang

meriwayatkan hadith daripada siapa yang hidup sezaman dengannya dengan lafaz seolah olah

pernah bertemu tetapi tidak pernah bertemu. Kajian juga mendapati Ibn Hibban

meletakkan syarat dan objektif tertentu untuk memuatkan hadith-hadith daripada perawi

al-mudallis. Hasil daripada kajian ini mendapati sebanyak 29% atau 9 hadith yang tidak

menepati metodologi Ibn hibban dan selebihnya iaitu 22 hadith atau 71% telah menepati

syaratnya. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa Ibn Hibban tidak menepati

syaratnya secara keseluruhan di dalam sahihnya.