Hubungan antara kepuasan kerjan dan prestasi kerja dalam kalangan guru-guru : satu kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas Kulim, Kedah

Kajian ini bertujuan untuk menerangkan hubungan antara kepuasan kerja dengan prestasi kerja dalam

kalangan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas, Kulim, Kedah. Tumpuan kajian diberikan kepada

faktor-faktor kep...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Aarif Md Yusof
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9059
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menerangkan hubungan antara kepuasan kerja dengan prestasi kerja dalam

kalangan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas, Kulim, Kedah. Tumpuan kajian diberikan kepada

faktor-faktor kepuasan kerja, perbezaan gender, etnik, dan tempoh berkhidmat dalam menentukan tahap

kepuasan dan prestasi kerja. Teori Dua Faktor Herzberg, Teori Prestasi Kerja Porter dan Lawler, dan

Teori Locke dipilih sebagai panduan dan rujukan kajian ini. Subjek kajian terdiri daripada 81 orang

guru sekolah Menengah Kebangsaan Lunas. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan Statistical

Package For Social Science (SPSS). Alat kajian yang digunakan untuk menguji kepuasan kerja ialah

Skala Brayfield dan Rothe (1951), manakala Skala Sayles dan Strauss (1972) pula digunakan untuk

menguji prestasi kerja. Analisa data dibuat menggunakan analisis statistik Univariat ANOVA,

Korelasi Pearson, dan Regresi Pelbagai untuk menjawab persoalan kajian. Keputusan kajian

menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan kepuasan kerja dan prestasi kerja yang signifikan

mengikut gender, etnik, dan tempoh berkhidmat guru-guru sekolah tersebut. Seterusnya kajian ini

juga mendapati terdapat hubungan positif yang kuat dan signifikan antara kepuasan kerja dengan

prestasi kerja. Terdapat juga hubungan antara kepuasan kerja dan prestasi kerja dengan faktor

motivator dan faktor hygiene. Dapatan kajian juga menunjukkan pembolehubah prestasi memberi

sumbangan utama kepada kepuasan kerja manakala pembolehubah faktor hygiene merupakan penyumbang

utama kepada prestasi kerja. Sebagai kesimpulannya, keputusan analisis menunjukkan bahawa

terdapatnya hubungan antara kepuasan kerja dan prestasi kerja guru-guru dengan faktor motivator dan

faktor hygiene, manakala tiada perbezaan antara kepuasan kerja dan prestasi kerja mengikut

gender, etnik dan tempoh berkhidmat.