Kesantunan Melayu dalam majlis akad nikah Adat Perpatih dan Adat Temenggung di beberapa daerah terpilih (IR)

Kajian ini menfokuskan kesantunan orang Melayu dalam majlis akad nikah menurut adat Perpatih (AP) dan adat Temenggung (AT) di beberapa daerah terpilih di negeri Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Tiga objektif utama ialah menghuraikan struktur luaran dan dalaman majlis akad nikah AP dan AT, m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Asfalaila Ajis
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=910
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menfokuskan kesantunan orang Melayu dalam majlis akad nikah menurut adat Perpatih (AP) dan adat Temenggung (AT) di beberapa daerah terpilih di negeri Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Tiga objektif utama ialah menghuraikan struktur luaran dan dalaman majlis akad nikah AP dan AT, menganalisis secara perbandingan kesantunan lisan dan bukan lisan dan juga membincangkan strategi kesantunan dalam sesi khutbah nikah. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini, manakala kaedah kajian diimplimentasi menerusi kajian lapangan, pemerhatian, temu bual dan kepustakaan. Sejumlah 12 majlis akad nikah dari lima daerah yang mengamalkan AP dan AT telah dipilih bagi pengumpulan data primer. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif serta diperkukuh dengan maklumat statistik subjektif. Model Kesantunan Bersepadu yang dibina secara eklektik, hasil gabungan Model al-Ghazali, Za'ba, Tenas Effendy, Grice, Lakoff dan Leech dijadikan landasan dalam penganalisisan data. Analisis deskriptif menjelaskan terdapat titik persamaan, perbezaan serta keunikan dalam majlis akad nikah AP dan AT. Majlis akad nikah AP lebih menampakkan kerencaman dalam peraturan adat, kreativiti berpantun serta penggunaan peribahasa dibandingkan dengan adat Temenggung. Dapatan kajian turut menunjukkan terdapat aspek inovasi diterapkan dalam struktur dalaman, luaran, kesantunan lisan dan bukan lisan dengan motif menyesuaikannya dengan perkembangan semasa, manakala isi khutbah nikah pula menekankan nilai pendidikan dari sudut syariat, peraturan adat sosiobudaya dan cabaran dalam kehidupan berumahtangga. Kajian ini menyimpulkan bahawa konsep kesantunan dalam majlis akad nikah AP dan AT merupakan gabungan sosiobudaya Melayu dan syariat Islam, malah dalam menghadapi cabaran modenisasi, majlis akad nikah AP dan AT masih dapat mempertahankan ciri asal budaya Melayu daripada dicemari. Implikasi kajian menunjukkan betapa perlu orang Melayu memelihara dan menghayati kembali nilai dan budaya kesantunan yang telah mereka warisi kerana ia merupakan cerminan jati diri bangsa Melayu.