Penggunaan kaedah bacaan ulangan untuk membantu kemahiran membaca murid pemulihan khas

Kajian ini bertujuan menyelidiki penggunaan kaedah bacaan ulangan untuk membantu

kemahiran membaca murid pemulihan khas. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal

pasti masalah kemahiran membaca murid pemulihan khas...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9130 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan menyelidiki penggunaan kaedah bacaan ulangan untuk membantu

kemahiran membaca murid pemulihan khas. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal

pasti masalah kemahiran membaca murid pemulihan khas, mengenal pasti pelaksanaan

kaedah bacaan ulangan serta mengenal pasti perubahan terhadap kemahiran membaca

yang diperoleh melalui pelaksanaan kaedah bacaan ulangan. Reka bentuk kajian adalah

kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah

rendah di Merlimau, Melaka. Peserta kajian ini terdiri daripada lima orang murid

pemulihan khas dan seorang guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Peserta kajian telah

dipilih secara persampelan bertujuan. Kelima-lima murid merupakan murid pemulihan

khas yang menghadapi masalah dalam kemahiran membaca. Kaedah pengumpulan data

yang digunakan adalah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Manakala

instrumen kajian pula melibatkan borang skor pentaksiran lisan, senarai semak, borang

catatan pemerhatian, analisis rekod perkembangan prestasi murid serta protokol temu

bual. Pemerhatian dijalankan sebanyak enam kali yang merangkumi satu peringkat

baseline dan lima kali sesi kaedah bacaan ulangan. Pengekodan transkrip temu bual

dijalankan sebanyak dua kitaran dengan pendekatan deduktif. Proses analisis data

dilakukan secara manual dengan menganalisis dan membanding dapatan instrumen

kajian secara perbandingan berterusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

penggunaan kaedah bacaan ulangan membantu mengurangkan bilangan perkataan yang

salah dibaca oleh murid. Penggunaan kaedah bacaan ulangan juga didapati

mengurangkan bilangan masalah kemahiran membaca serta meningkatkan kelajuan

bacaan murid. Kesimpulan yang diperoleh daripada kajian ini adalah kaedah bacaan

ulangan meningkatkan kemahiran membaca murid pemulihan khas. Implikasi kajian

menunjukkan bahawa penggunaan kaedah bacaan ulangan menghasilkan kelancaran

membaca dalam kalangan murid pemulihan khas.