Pembinaan model berstruktur pencapaian Matematik berasaskan transisi dengan penerapan orientasi pembelajaran Matematik (IR)

Kajian ini bertujuan membina model berstruktur pencapaian matematik berasaskan transisi dengan penerapan orientasi pembelajaran matematik. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Data diperolehi daripada subjek kajian melalui instrumen penilaian transisi dan orientasi pembelajaran matematik....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Hashimah Abu Bakar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=914
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membina model berstruktur pencapaian matematik berasaskan transisi dengan penerapan orientasi pembelajaran matematik. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Data diperolehi daripada subjek kajian melalui instrumen penilaian transisi dan orientasi pembelajaran matematik. Subjek kajian terdiri daripada 95 orang pelajar Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) major Pendidikan Matematik dari enam buah Institut Pendidikan Guru Malaysia yang dipilih melalui teknik pensampelan rawak ringkas. Analisis statistik melibatkan statistik deskriptif dan model persamaan berstruktur melalui kaedah kuasa dua terkecil separa digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan berstruktur yang signifikan antara pencapaian SPM dengan pencapaian matematik dan juga orientasi pembelajaran matematik dengan pencapaian matematik. Orientasi pembelajaran matematik juga bertindak sebagai pemboleh ubah perantara antara penyesuaian dengan pencapaian matematik. Selain daripada itu, model berstruktur juga menunjukkan bahawa pencapaian matematik pelajar dipengaruhi oleh faktor penyesuaian, orientasi pembelajaran matematik dan pencapaian SPM. Kesimpulannya, kajian berjaya membangun dan menguji kebagusan padanan model berstruktur pencapaian matematik berasaskan transisi dengan penerapan orientasi pembelajaran matematik. Kajian yang dilakukan memberi implikasi bahawa selain daripada teori pembelajaran, teori transisi memberikan perspektif yang berbeza kepada proses pembelajaran. Teori transisi yang meliputi aspek penyesuaian dan teori pembelajaran yang meliputi aspek bukan kognitif seperti orientasi pembelajaran merupakan pemboleh ubah indikator yang mempengaruhi pencapaian matematik pelajar.