Pembangunan model pelaksanaan projek tahun akhir Kolej Vokasional berasaskan industri pembinaan di Malaysia

Kajian ini bertujuan membangunkan model pelaksanaan Projek Tahun Akhir berasaskan

industri pembinaan bagi program Diploma Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional.

Metodologi yang digunakan adalah kajian Reka Bentuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Syahrizan Ariffin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9159
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan membangunkan model pelaksanaan Projek Tahun Akhir berasaskan

industri pembinaan bagi program Diploma Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional.

Metodologi yang digunakan adalah kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and

Development Research) yang diperkenalkan oleh Richey dan Klien. Kajian ini terbahagi

kepada tiga fasa. Fasa I merupakan analisis keperluan yang menggunakan soal selidik

kepada 377 orang pelajar dan temu bual kepada lima orang pakar program Diploma

Teknologi Pembinaan. Seterusnya fasa II dibahagikan kepada dua subfasa iaitu subfasa

reka bentuk komponen dan elemen serta subfasa pembangunan model. Subfasa reka bentuk

komponen dan elemen meliputi lapan langkah kajian literatur. Subfasa pembangunan

model pula bermula dengan perbengkelan Nominal Group Technique (NGT) yang

melibatkan sekumpulan sembilan orang pakar bagi pengesahan reka bentuk komponen dan

elemen serta analisis turutan (keutamaan) elemen dalam setiap komponen. Kemudian

model pelaksanaan dibangunkan menggunakan kaedah Interpretive Structural Modelling

(ISM) melalui undian kumpulan pakar yang sama dengan berbantukan perisian concept

star. Fasa III iaitu penilaian kebolehgunaan pula melibatkan seramai 45 orang

pakar/pensyarah Kolej Vokasional menggunakan kaedah Fuzzy Delphi Method (FDM).

Dapatan keseluruhan fasa I menunjukkan majoriti pelajar dan pakar bersetuju bahawa

latihan kemahiran penyeliaan tapak binaan masih belum mencukupi dalam pembelajaran

Projek Tahun Akhir sedia ada serta terdapatnya keperluan membangunkan model kajian

ini. Dapatan fasa II pula telah menghasilkan model kajian yang terdiri daripada empat fasa,

enam komponen dan 35 elemen. Kemudian dapatan fasa III menunjukkan konsensus yang

tinggi dalam kalangan pakar/pensyarah terhadap kesesuaian model tersebut. Kajian ini

akhirnya menghasilkan satu model pelaksanaan Projek Tahun Akhir yang menerapkan

amalan industri sebagai persediaan kepada pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan

sebagai penyelia tapak binaan. Implikasi kajian ini diharap dapat meningkatkan

kebolehpasaran pelajar melalui kesepadanan kurikulum dengan kehendak industri.