Pembangunan Modul Makmal Interaktif (i-Lab) Fizik Tingkatan Empat Berteraskan STEM dan keberkesanannya terhadap pencapaian dan kemahiran berfikir kreatif pelajar

Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah modul amali Fizik berteraskan STEM,

iaitu Modul Makmal Interaktif Fizik Tingkatan Empat Berteraskan STEM (Modul i-

Lab) serta menguji keberkesanannya terhadap pencapaian teor...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9161 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah modul amali Fizik berteraskan STEM,

iaitu Modul Makmal Interaktif Fizik Tingkatan Empat Berteraskan STEM (Modul i-

Lab) serta menguji keberkesanannya terhadap pencapaian teori dan amali Fizik serta

kemahiran berfikir kreatif pelajar tingkatan empat daerah Mualim, Perak. Kajian ini

menggunakan reka bentuk pembangunan berasaskan Model Reka Bentuk dan

Pengajaran Isman termasuk reka bentuk eksperimental sebenar. Modul i-Lab Fizik ini

menerapkan gabungan dua teori pembelajaran utama iaitu Teori Konstruktivisme dan

Teori Konsruktionisme. Populasi kajian ini adalah seramai 122 orang pelajar Fizik

tingkatan empat dalam daerah Mualim, Perak. Seramai 74 orang pelajar telah dipilih

secara rawak berstrata dan rawak mudah sebagai responden kajian ini, iaitu seramai 37

orang sebagai kumpulan rawatan dan 37 orang sebagai kumpulan kawalan. Instrumen

yang digunakan dalam kajian adalah Ujian Pencapaian Teori Fizik, Ujian Pencapaian

Amali Fizik, Penilaian Projek STEM dan Soal Selidik Kebolehgunaan Modul. Data

dianalisis secara deskriptif dan inferensi menerusi Ujian-t dan Ujian Korelasi Pearson.

Melalui kajian ini, Modul i-Lab berjaya dibangunkan dengan nilai kesahan yang tinggi

(CVI purata= 0.897) serta nilai kebolehgunaan yang baik (Skor min= 4.6707). Dapatan

kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian teori

Fizik antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan [t (72) = 3.414, p<0.05,

d=0.80] dan pencapaian amali Fizik kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan [t

(72) = 1.930, p<0.05, d=0.55]. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kemahiran

berfikir kreatif pelajar adalah berada pada tahap yang cemerlang (Peratusan = 90%)

setelah menjalani pembelajaran Modul i-Lab ini. Selain itu, didapati terdapatnya

hubungan positif yang kuat (r= 0.869; p<0.05) antara pencapaian dan kemahiran

berfikir kreatif pelajar. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa penggunaan

Modul i-Lab Fizik yang dibangunkan dapat memberi kesan yang positif terhadap

pencapaian dan kemahiran berfikir kreatif pelajar. Implikasinya, Modul i-Lab Fizik

boleh digunakan sebagai bahan pembelajaran modul berteraskan STEM serta

pembelajaran teori dan amali Fizik khususnya kepada guru dan pelajar