Hubungan amalan kepimpinan distributif pengetua dan organisasi pembelajaran terhadap prestasi kerja guru di Sarawak

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan, hubungan dan sumbangan

kepimpinan distributif (KD) dan organisasi pembelajaran (OP) terhadap prestasi kerja

guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaaan di negeri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suffian Jalet
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9166
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan, hubungan dan sumbangan

kepimpinan distributif (KD) dan organisasi pembelajaran (OP) terhadap prestasi kerja

guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaaan di negeri Sarawak. Kajian ini merupakan

kajian kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Pengumpulan data diperoleh dari borang soal

selidik dengan instrumen diadaptasi dari Distributed Leadership Readiness Scale

(DLRS) oleh Elmore untuk kajian kepimpinan distributif dan soal selidik Dimension of

Learning Organizations Questionnaire (DLOQ) untuk kajian amalan organisasi

pembelajaran dari Marsick & Watkins. Soal selidik daripada kajian Chee Kim Mang

serta Supian dan Khadijah digunakan untuk kajian prestasi kerja. Seramai 400 orang

guru telah dijadikan sampel kajian. Pemilihan sampel menggunakan Jadual Penentuan

Saiz Sampel yang dikemukakan Krejcie & Morgan. Sampel dipilih secara rawak

berstrata. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the

Social Science) versi 26. Analisis deskriptif dan inferens digunakan bagi menjawab

objektif kajian. Dapatan keseluruhan kajian tentang tahap amalan KD berada di tahap

yang tinggi. Tiga daripada empat konstruk KD menunjukkan tahap yang tinggi iaitu:

budaya sekolah (M=3.67, SD=0.71), amalan kepimpinan (M=3.78, SD=1.02) dan

perkongsian tanggungjawab (M=3.72, SD=0.75) manakala halatuju sekolah berada di

tahap sederhana (M=3.63. SD=0.83). OP menunjukkan tahap yang sederhana, iaitu:

penurunan kuasa (M=3.41, SD=1.07), kepimpinan strategik (M=3.48, SD=1.05), visi

sepunya (M=3.42, SD=1.32), pembelajaran berpasukan (M=3.24, SD=1.08) dan

pengetahuan pekerja (M=3.39, SD=1.20). Manakala tahap prestasi kerja guru dari segi

prestasi tugas (M=3.39, SD=1.54) dan prestasi kontekstual (M=3.43, SD=1.41)

menunjukkan berada di tahap sederhana. Secara keseluruhannya, semua konstruk

kepimpinan distributif dan prestasi kerja menunjukkan hubungan yang signifikan

(r=0.57 hingga 0.90, p<0.05) dan memberi sumbangan kepada prestasi kerja guru ama

ada prestasi tugas (KD:19.7%; OP:1.4%) atau prestasi kontekstual (KD:3.5%;

OP:62.2%). Implikasinya, amalan kepimpinan distributif, organisasi pembelajaran dan

prestasi kerja guru-guru perlu dipertingkatkan melalui inisiatif kendiri dan organisasi

bagi mencapai matlamat akhir Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu sekolah

berkualiti dan kemenjadian murid.