Pembangunan ujian diagnostik kemahiran menulis mekanis bahasa Melayu (IR)

Kajian ini bertujuan membangun ujian diagnostik kemahiran menulis mekanis Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini menggabungkan pendekatan kualitatif dan pendekatan kuantitatif. Pendekatan kualitatif digunakan bagi membangun ujian dan pendekatan kuantitatif digunakan bagi mengenal pasti kebolehpercaya...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Yuznaili Saleh
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2016
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=917
标签: 添加标签
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan membangun ujian diagnostik kemahiran menulis mekanis Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini menggabungkan pendekatan kualitatif dan pendekatan kuantitatif. Pendekatan kualitatif digunakan bagi membangun ujian dan pendekatan kuantitatif digunakan bagi mengenal pasti kebolehpercayaan dan kesahan ujian. Kajian ini dilaksanakan sebanyak empat fasa berdasarkan lima langkah yang terdapat dalam model penilaian diagnostik kognitif Nichols. Lima langkah tersebut ialah substantif konstruk teori, pemilihan reka bentuk, pentadbiran ujian, skor respons dan semakan reka bentuk ujian. Konstruk ujian dibina berasaskan empat motor pembelajaran yang terdapat dalam teori motor pembelajaran Levine iaitu motor perancangan, motor logik, motor memori dan motor tindakan. Sampel terdiri daripada 162 orang murid LINUS yang dipilih berdasarkan keputusan ujian saringan kemahiran menulis mekanis. Kajian ini mendapati ujian diagnostik telah dibina menerusi lima langkah Model Penilaian Diagnostik Nichols. Ujian yang dibina mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang baik. Ujian tersebut juga dapat mengenal pasti bahagian dan punca kelemahan murid dalam menguasai kemahiran menulis mekanis. Kesimpulannya kajian ini menunjukkan ujian diagnostik kemahiran menulis mekanis Bahasa Melayu berjaya dibina untuk mengatasi masalah penulisan mekanis yang di hadapi oleh murid-murid di sekolah rendah. Implikasinya ujian yang dibangunkan dapat digunakan pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia di seluruh negara.