Kesan interaksi model adaptasi kitaran POGIL terhadap pencapaian KBAT bagi subjek Matematik tingkatan dua

Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan interaksi penggunaan pelantar Google+

dengan pendekatan model adaptasi kitaran proses pembelajaran berorientasi inkuiri

terbimbing (POGIL) agar murid dapat menguasai kemahira...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Naquiah Safian@Sofian
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9171
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan interaksi penggunaan pelantar Google+

dengan pendekatan model adaptasi kitaran proses pembelajaran berorientasi inkuiri

terbimbing (POGIL) agar murid dapat menguasai kemahiran berfikir aras tinggi

(KBAT). Model ini melibatkan tiga fasa aktiviti pembelajaran iaitu fasa pengenalan,

fasa konsep dan fasa peneguhan manakala lima stesen pembelajaran iaitu stesen

penglibatan, stesen penerokaan, stesen pembentukan, stesen mengaplikasi dan stesen

refleksi. Kitaran POGIL ini mengandungi aktiviti pembelajaran bagi subjek matematik

dengan tajuk pola dan urutan nombor untuk murid tingkatan dua. Pendekatan kuantitatif

dengan reka bentuk kuasi eksperimental telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan

sampel mudah secara rawak melibatkan 60 orang murid tingkatan dua dengan 30 orang

responden kumpulan rawatan dan 30 orang responden kumpulan kawalan. Instrumen

kajian ini terdiri daripada soal selidik dan ujian pencapaian. Data dianalisis dengan

menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian ujian-t sampel

berpasangan p=0.000, t(29)=6.043 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan

pencapaian antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Ujian anova sehala

p>.001, F(3,6)=2.888 menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan kekerapan

interaksi antara ketiga-tiga fasa. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan

kekerapan interaksi positif yang sangat kuat antara fasa pengenalan dengan fasa

peneguhan, r=0.780 manakala hubungan kuat fasa konsep dengan fasa pengenalan dan

fasa konsep dengan fasa peneguhan bagi nilai r=0.667 dan r=0.646. Terdapat hubungan

kekerapan interaksi yang kuat iaitu r=0.654 antara stesen penerokaan dengan stesen

pembentukan. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan bahawa pelantar google+

membantu murid berdiskusi dengan teknik inkuiri dalam aktiviti model adaptasi

kitaran POGIL. Ini menunjukkan bahawa model ini telah memberi impak kepada pdpc

guru dalam mempelbagaikan strategi pembelajaran ke arah peningkatan pencapaian

KBAT bagi mata pelajaran yang berbentuk sains dan teknikal.