Hubungan Kepimpinan Transformasional Pengetua, Komuniti Pembelajaran Profesional dengan Komitmen Guru Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk menguji amalan Kepimpinan Transformasional Pengetua,

Komuniti Pembelajaran Profesional dan Komitmen Guru di sekolah menengah

kebangsaan di Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengena...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9173 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk menguji amalan Kepimpinan Transformasional Pengetua,

Komuniti Pembelajaran Profesional dan Komitmen Guru di sekolah menengah

kebangsaan di Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti i) hubungan di

antara Kepimpinan Transformasional Pengetua dengan Komuniti Pembelajaran

Profesional, dan ii) hubungan Komuniti Pembelajaran Profesional dengan Komitmen

Guru. Seterusnya, bertujuan mengenal pasti sama ada Komuniti Pembelajaran

Profesional merupakan mediator di antara Kepimpinan Transformasional Pengetua

dengan Komitmen Guru. Pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan digunakan dan

melibatkan seramai 702 orang guru sekolah menengah kebangsaan di Malaysia.

Kaedah persampelan berstrata tidak berkadaran telah digunakan dalam pemilihan

sampel. Data dianalisis dengan menggunakan AMOS-SEM versi 23. Hasil dapatan

menunjukkan amalan Kepimpinan Transformasional Pengetua merupakan konstruk

yang sah dengan nilai, TLI = 0.937, CFI = 0.942 dan RMSEA= 0.058. Komuniti

Pembelajaran Profesional juga merupakan model yang sah dengan nilai indeks

kesepadanan TLI = 0.938, CFI = 0.943 dan RMSEA= 0.047. Komitmen Guru turut

mempunyai konstruk yang sah dengan nilai indeks kesepadanan TLI=0.973, CFI =

0.982 dan RMSEA= 0.055. Seterusnya, Kepimpinan Transformasional Pengetua

didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan Komuniti Pembelajaran

Profesional (.77). Komuniti Pembelajaran Profesional juga mempunyai hubungan

signifikan dengan komitmen guru (.39). Dapatan menunjukkan Komuniti

Pembelajaran Profesional menjadi mediator separa kerana kesan tidak langsung adalah

signifikan (0.77 x 0.39 = 0.30) dan nilai kesan langsung juga signifikan (0.32).

Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bagaimana pengetua sekolah yang

mengamalkan kepimpinan transformasional dapat meningkatkan Komitmen Guru

melalui pembudayaan Komuniti Pembelajaran Profesional di sekolah. Implikasinya,

Komitmen Guru berkait rapat dengan Komuniti Pembelajaran Profesional dan kejayaan

Komuniti Pembelajaran Profesional bergantung pada pengaruh Kepimpinan

Transformasional Pengetua. Seterusnya, melalui kajian ini, para pengetua dapat

memperluaskan pengetahuan tentang bagaimana membina Komuniti Pembelajaran

Profesional di sekolah dengan cara yang lebih efektif.