Analisis intertekstualiti dalam karya MA.Naveen

Kajian ini bertujuan menganalisis kepengarangan cerpen dan puisi yang dihasilkan oleh

Ma.Naveen. Ma.Naveen, seorang penulis yang cenderung melakukan penyelidikan dan

merujuk untuk menghasilkan karya baharu. Maka, an...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9175 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan menganalisis kepengarangan cerpen dan puisi yang dihasilkan oleh

Ma.Naveen. Ma.Naveen, seorang penulis yang cenderung melakukan penyelidikan dan

merujuk untuk menghasilkan karya baharu. Maka, analisis intertekstualiti dalam karya

beliau menjadi fokus utama kajian ini. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti

pemaknaan baharu yang terhasil dan menilai kesan terhadap karya baharu akibat proses

intertekstualiti. Pendekatan kualitatif berbentuk analisis deskriptif dan analisis kritikan

sastera digunakan sebagai kaedah kajian. Selain itu, kaedah temubual separa

berstruktur digunakan untuk mendapatkan maklumat tepat berkaitan tujuan kajian.

Teori intertekstualiti dijadikan asas kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa

Ma.Naveen menulis dengan merujuk hipogram. Proses transformasi, ekspansi dan

modifikasi merupakan proses intertekstualiti yang dikenal pasti dalam penulisan beliau.

Dalam proses penulisan ini, Ma.Naveen membuat penukaran, pengembangan,

penyerapan, persamaan dan pembaikan dalam sumber hipogram untuk menghasilkan

karya baharu. Hal ini dapat mengubah teks asal kepada teks baharu yang lebih mantab

dari aspek kandungan mahupun plot penceritaan. Proses ini dapat melanjutkan

persoalan dan mendalami citra watak serta meninggalkan impak yang besar kepada

khalayak pembaca melalui pemaknaan baharu yang dihasilkan. Selain itu, hasil

intertekstualiti cerpen baharu yang dihasilkan oleh Ma.Naveen lebih menonjol dari

aspek struktur, watak, plot atau konflik watak-wataknya lebih rencam. Manakala puisi

baharu yang dihasilkan melalui proses intertekstualiti lebih mantab dan menyeluruh

dari segi tema, persoalan dan watak. Kesimpulannya, melalui pengaplikasian prinsipprinsip

daripada teori intertekstualiti membuktikan bahawa Ma.Naveen berjaya

menyatupadukan pelbagai kaedah secara kreatif dan inovatif bagi menjadikan karyanya

sebagai agen maklumat dan sumber makna baharu. Kajian ini dapat dijadikan panduan

kepada penulis penulis lain untuk meningkatkan kreativiti seseorang pengarang dalam

menghasilkan karya baharu menggunakan proses intertekstualiti. Selain itu, pengkritik

sastera dapat menilai sesebuah karya dengan lebih menyeluruh menggunakan teori

intertekstualiti.