Pembangunan dan kebolehgunaan Kit Mathematics-Physics Linear Equation Colour Table (M-PECT) dalam kalangan murid Fizik tingkatan empat

Kajian ini bertujuan membangunkan kit pembelajaran Mathematics-Physics Linear

Equation Colour Table (M-PECT) yang boleh memudah cara pembelajaran tentang

perhubungan antara dua pemboleh ubah bagi suatu persamaan lin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saizatul Akmar Baharom
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9179
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan membangunkan kit pembelajaran Mathematics-Physics Linear

Equation Colour Table (M-PECT) yang boleh memudah cara pembelajaran tentang

perhubungan antara dua pemboleh ubah bagi suatu persamaan linear Fizik dan menilai

kebolehgunaannya dari perspektif murid tingkatan empat. Kajian ini menggunakan reka

bentuk penyelidikan pembangunan berasaskan model reka bentuk instruksional

ADDIE. Selain mengintegrasikan teori pembelajaran konstruktivisme dan teori

kecerdasan pelbagai, kit ini turut mengintegrasikan penggunaan perwakilan pelbagai

dalam reka bentuknya. Sampel kajian terdiri daripada 15 orang murid Fizik tingkatan

empat dari sebuah sekolah aliran perdana kategori luar bandar di daerah Batang Padang,

Perak yang dipilih melalui teknik pensampelan rawak mudah. Kebolehgunaan kit MPECT

diukur menggunakan borang soal selidik skala Likert lima mata yang diadaptasi

dan diubahsuai daripada soal selidik Usefullness, Satisfaction and Ease of Use (USE

questionnaire). Instrumen ini mengandungi 30 item dan empat konstruk

kebolehgunaan. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu dengan

menghitung Indeks Kesahan Kandungan (CVI), nilai min dan sisihan piawai. Tiga

orang pakar bersetuju bahawa kit M-PECT mempunyai kesahan kandungan yang tinggi

dengan nilai Content Validity Index, CVI=1. Data kebolehgunaan pula menunjukkan

responden bersetuju bahawa kit M-PECT adalah sesuai digunakan dari konstruk

kebergunaan (M=4.07, SP=0.53), mudah digunakan (M=4.00, SP=0.54), mudah

dipelajari (M=3.98, SP=0.60) dan kepuasan (M=4.17, SP=0.52). Kesimpulannya,

kajian ini berjaya membangunkan kit M-PECT yang mempunyai kesahan yang tinggi.

Dari aspek kebolehgunaan kit, murid Fizik tingkatan empat bersetuju bahawa kit MPECT

adalah sesuai digunakan. Implikasinya, kit M-PECT boleh digunakan sebagai

bahan bantu belajar yang mampu membantu murid mengenal pasti dan menyatakan

hubung kait antara dua pemboleh ubah bagi suatu persamaan linear Fizik. Dengan

menggunakan kit ini, secara eksplisitnya guru turut mengintegrasikan penggunaan

perwakilan pelbagai seperti perwakilan persamaan Matematik, lisan/teks, jadual dan

graf dalam pengajaran dan pembelajaran Fizik.