Pembangunan dan penilaian Model Kemahiran Kepimpinan Inovasi (LeaInn) Pemimpin Pertengahan Kolej Vokasional

Kajian ini bertujuan membangunkan Model Kemahiran Kepimpinan Inovasi (LeaInn)

Pemimpin Pertengahan Kolej Vokasional. Pemimpin pertengahan dalam kajian terdiri

daripada ketua jabatan dan ketua program bidang vokasion...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norlaila Wati Osman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9191
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan membangunkan Model Kemahiran Kepimpinan Inovasi (LeaInn)

Pemimpin Pertengahan Kolej Vokasional. Pemimpin pertengahan dalam kajian terdiri

daripada ketua jabatan dan ketua program bidang vokasional yang bertanggungjawab

terhadap pengurusan, penyampaian kurikulum dan pedagogi. Teori kepimpinan

berkesan oleh Hoy dan Miskel serta teori Katzs Skills digunakan sebagai kerangka teori

dalam kajian. Reka bentuk kajian menggunakan Pendekatan Penyelidikan Reka bentuk

dan Pembangunan (DDR). Kajian analisis keperluan melibatkan pemimpin

pertengahan di Kolej Vokasional Negeri Perak menggunakan soal selidik sebagai

instrumen kajian. Tiga orang pakar juga terlibat dalam fasa analisis keperluan untuk

menentukan keperluan model LeaInn. Seterusnya, kaedah Fuzzy Delphi (FDM)

digunakan untuk mendapatkan kesepakatan persetujuan di mana seramai 17 orang

pakar bersetuju bahawa sebanyak enam konstruk utama dan 20 elemen kemahiran

kepimpinan inovasi diterima dalam membangunkan model berdasarkan nilai

Threshold, d 0.2, peratus kesepakatan pakar 75% dan skor Fuzzy (A), - cut 0.5.

Sampel kajian terdiri daripada 169 pemimpin pertengahan bidang vokasional yang

dipilih secara rawak berstrata daripada empat zon di Semenanjung Malaysia. Instrumen

kajian terdiri daripada set soal selidik dan protokol temu bual separa berstruktur yang

telah disahkan oleh lima orang pakar dalam bidang. Kebolehpercayaan soal-selidik

berdasarkan pekali Alpha Cronbach adalah melebihi 0.90. Dapatan utama kajian

berdasarkan analisis PLS-SEM mendapati enam konstruk yang dipersetujui oleh panel

FDM menepati kriteria pemodelan daripada aspek Kolineariti, VIF 5.00, Pekali

Penentu R2 0.75 (besar) dan kesan saiz, q2 0.02 (kecil). Dalam konteks melihat

perbezaan antara pemimpin atasan, pemimpin pertengahan dan pensyarah vokasional

mengenai kemahiran kepimpinan inovasi, ujian Kruskal-Wallis menunjukkan tidak

terdapat perbezaan pandangan yang signifikan di antara tiga kumpulan sampel terhadap

elemen kemahiran mengadaptasi pemimpin pertengahan bidang vokasional (2 (2) =

4.251, > 0.05). Kesimpulannya, konstruk utama model LeaInn iaitu kemahiran

teknikal, kemahiran interpersonal, kemahiran konseptual, kemahiran sosial, kemahiran

berfikir untuk menjana idea dan kemahiran inovasi didapati menyumbang kepada

kemahiran kepimpinan inovasi pemimpin pertengahan. Implikasinya, model LeaInn

dapat digunakan oleh pemimpin pertengahan institusi TVET dalam merancang

pembangunan profesionalisme mereka secara berkesan.