Menilai pelaksanaan program nilam dalam kalangan guru Sekolah Menengah Daerah Muallim, Perak

Kajian deskriptif ini bertujuan menilai pelaksanaan Program NILAM menggunakan

empat dimensi penilaian Model Penilaian KIPP (KIPP) Sutfflebeam, iaitu dimensi

konteks, proses, input dan produk. Pendekatan kuantitatif...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Nizamuddin Shah Mohamad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9201
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian deskriptif ini bertujuan menilai pelaksanaan Program NILAM menggunakan

empat dimensi penilaian Model Penilaian KIPP (KIPP) Sutfflebeam, iaitu dimensi

konteks, proses, input dan produk. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan telah

dijalankan dengan melibatkan l65 responden dari lima buah sekolah di Daerah

Muallim, Perak. Analisis deskriptif dan inferens digunakan dalam menganalisis borang

kaji selidik guru program Nilam. Dapatan kajian mendapati bahawa persepsi guru

terhadap perlaksanaan program bagi kesemua dimensi penilaian adalah pada tahap yang

tinggi dan menunjukkan pelaksanaan program nilai adalah baik (dimensi penilaian

konteks (min= 4.16), input, (min = 3.83), proses (min =3.35) dan produk (min = 4.05).

Bagi analisis regrasi pula, hubungan antara dimensi didapati sederhana bagi penilaian

(i) dimensi konteks dengan input, r = 0.538, (ii) penilaian dimensi konteks dengan

produk, r = 0.562, (iii) dimensi input dengan proses, r = 0.562, (iv) dimensi input

dengan produk, r = 0.583. Manakala, hubungan yang lemah bagi hubungan dimensi

konteks dengan proses, r = 0.252. Selain itu, analisis inferens mendapati terdapat

hubungan yang signifikan, p < 0.05 antara interaksi keempat-empat dimensi penilaian.

Kesimpulannya, hasil kajian ini menjelaskan komitmen guru, kekangan dan masalah

dalam memastikan program Nilam dapat dijalankan dengan efektif. Implikasi kajian

menunjukkan Program Nilam adalah program galakan membaca dengan sistematik

yang boleh membentuk masyarakat yang lebih berpengetahuan dan suka akan buku.