Prinsip pengurusan sumber manusia dalam karya Thirukkural

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji prinsip pengurusan sumber manusia dalam karya

Thirukkural. Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu, mengenal pasti prinsip pengurusan

sumber manusia dalam karya Thirukkural, meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shoveena Priya Thiagu
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9202
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji prinsip pengurusan sumber manusia dalam karya

Thirukkural. Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu, mengenal pasti prinsip pengurusan

sumber manusia dalam karya Thirukkural, mengkategorikan kuplet-kuplet Thirukkural

mengikut teori Henri Fayol dan mengupas penggunaan prinsip pengurusan sumber

manusia dalam karya Thirukkural mengikut teori Henri Fayol. Kajian ini menggunakan

teori Henri Fayol yang digagaskan oleh Henri Fayol. Pendekatan kualitatif berbentuk

deskriptif telah digunakan dalam kajian ini. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian

ini ialah berbentuk kaedah keperpustakaan. Analisis deskriptif memberikan gambaran

mengenai prinsip pengurusan sumber manusia dalam karya Thirukkural mengikut teori

Henri Fayol. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat prinsip

pengurusan sumber manusia yang dikemukakan dalam teori Henri Fayol iaitu

pembahagian kerja, seorang ketua bagi sesuatu organisasi, kesamarataan dan kesatuan

adalah kekuatan dalam karya Thirukkural. Kajian ini membuktikan bahawa keempatempat

prinsip pengurusan sumber manusia tersebut dapat mewujudkan sesebuah

organisasi yang sistematik melalui karya Thirukkural. Melalui kajian ini penyelidik dapat

menyimpulkan bahawa karya Thirukkural dapat memberi pendedahan yang amat penting

untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan dalam sesebuah

majikan. Kesimpulannya, kajian ini telah menunjukkan bahawa karya Thirukkural

dijangka melebihi 2000 tahun yang lalu, masih memberikan pendedahan yang lebih luas

dan berkesan kepada pihak pengurusan dan para pekerja bagi menghadapi beberapa

cabaran dalam bidang pengurusan sumber manusia pada masa ini. Implikasi kajian ini

adalah meningkatan kesedaran Thirukkural dalam konteks kesusasteraan Tamil dan bakal

penyelidik dapat menggunakan kajian ini sebagai sumber rujukan.