Amalan pengasingan sisa di punca di kawasan Majlis Perbandaran Segamat Johor

Kajian ini bertujuan untuk melihat sikap masyarakat kawasan Majlis Perbandaran

Segamat mengasingkan sisa pepejal mengikut amalan pengasingan sisa di punca.

Seramai 377 orang responden yang menetap di sekitar bandar...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9203 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk melihat sikap masyarakat kawasan Majlis Perbandaran

Segamat mengasingkan sisa pepejal mengikut amalan pengasingan sisa di punca.

Seramai 377 orang responden yang menetap di sekitar bandar Segamat dipilih sebagai

responden kajian. Data dikumpul menggunakan kaedah persampelan rawak mudah

melalui borang soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Secara

keseluruhannya, tahap pengetahuan masyarakat tentang amalan Pengasingan Sisa di

Punca berada di tahap tinggi iaitu min=4.54 dan sisihan piawai=0.54, dan sikap

masyarakat dalam pelaksanaan amalan pengasingan sisa di punca juga berada di tahap

yang tinggi iaitu min=4.61 dan sisihan piawai=0.38 serta kesan amalan pengasingan

sisa di punca terhadap kesejahteraan alam sekitar dan manusia juga berada di tahap

yang tinggi iaitu min=4.57 dan sisihan piawai=0.36. Dapatan kajian juga

menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan masyarakat

tentang amalan pengasingan sisa di punca dengan kesejahteraan alam sekitar dengan

nilai korelasi r=0.871. Seterusnya, terdapat hubungan yang signifikan antara

pengetahuan masyarakat tentang amalan pengasingan sisa di punca dengan

kesejahteraan manusia dengan nilai korelasi r=0.871. Oleh itu, dapat dirumuskan

bahawa wujud hubungan signifikan tinggi antara pengetahuan masyarakat tentang

amalan pengasingan sisa di punca dengan kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar.

Secara kesimpulannya, amalan pengasingan sisa di punca ini dapat mengubah sikap

masyarakat dalam masalah pengurusan sisa pepejal yang berlaku di sekitar Majlis

Perbandaran Segamat. Implikasi kajian ini ialah dapat dijadikan garis panduan bagi

Majlis Perbandaran Segamat dan Pihak Berkuasa Tempatan yang lain dalam

mengatasi isu pengurusan sisa dengan melahirkan kawasan yang bebas daripada

pencemaran. Pada masa yang sama, proses pengurusan sisa pepejal dapat berjalan

dengan lancar tanpa menjejaskan masyarakat dan alam sekitar di sekelilingnya.