Penggunaan Bahan Bantu Mengajar berunsurkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan, sikap dan penggunaan Bahan

Bantu Mengajar (BBM) berunsurkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Is...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9205 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan, sikap dan penggunaan Bahan

Bantu Mengajar (BBM) berunsurkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam dalam kalangan

guru Pendidikan Islam di sekolah rendah negeri Perak. Kajian ini merupakan kajian

tinjauan yang menggunakan kerangka teori KAP (Knowledge, Attitude, Practice)

dengan menggunakan pendekatan kuantitatif (soal selidik). Data dianalisis dengan

menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences Version 20.0 (SPSS).

Seramai 320 orang guru Pendidikan Islam negeri Perak dipilih secara rawak berstrata

sebagai sampel kajian untuk menjawab instrumen soal selidik. Data dianalisis

menggunakan statistik deskriptif dan inferensi iaitu kekerapan, peratusan, min, sisihan

piawaian dan ujian Korelasi Spearman. Analisis deskriptif digunakan untuk

mengenalpasti pengetahuan, sikap dan penggunaan BBM berunsurkan TMK dalam PdP

Pendidikan Islam manakala analisis inferensi pula digunakan untuk menerangkan

hubungan antara pengetahuan dengan penggunaan dalam kalangan guru Pendidikan

Islam terhadap penggunaan BBM berunsurkan TMK. Dapatan kajian untuk analisis

deskriptif menunjukkan pengetahuan berada pada tahap yang tinggi (min=3.88,

sp=0.402) manakala sikap juga berada pada tahap yang tinggi (min=3.90, sp=0.477)

dan akhir sekali penggunaan berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.25, sp=0.626).

Analisis korelasi pula menunjukkan pengetahuan mempunyai hubungan yang

signifikan terhadap penggunaan (r=0.486, p<0.01). Kesimpulannya, dapatan kajian

menunjukkan responden mempunyai pengetahuan dan sikap yang tinggi manakala

tahap penggunaan pada sederhana tinggi terhadap BBM berunsurkan TMK. Implikasi

kajian ini menunjukkan bahawa guru Pendidikan Islam perlu meningkatkan

pengetahuan secara berterusan dari masa ke semasa dan memupuk sikap yang positif

dalam diri supaya amalan penggunaan BBM berunsurkan TMK dapat dipertingkatkan

dan diinovasikan seiring dengan kemodenan zaman kini.