Penilaian tahap kualiti pengurusan perkhidmatan unit sukan, Universiti Malaysia Sabah

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat tahap kualiti pengurusan perkhidmatan Unit Sukan,

Universiti Malaysia Sabah. Kajian ini dijalankan dikalangan mahasiswa pengajian Sains Sukan dan

atlet - atlet Universiti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Asyraaf Abdullah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9248
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat tahap kualiti pengurusan perkhidmatan Unit Sukan,

Universiti Malaysia Sabah. Kajian ini dijalankan dikalangan mahasiswa pengajian Sains Sukan dan

atlet - atlet Universiti Malaysia Sabah untuk melihat persepsi mereka terhadap kualiti pengurusan

perkhidmatan Unit Sukan Universiti Malaysia Sabah. Penyelidikan ini melihat jika terdapat perbezaan

persepsi terhadap kualiti pengurusan perkhidmatan mengikut jantina, tahun pengajian, umur, etnik

dan status perkahwinan. Maka daripada kajian ini ingin dikenalpasti sama ada terdapat hubungan yang

signifikan berdasarkan jantina, tahun pengajian, umur, etnik dan status perkahwinan. Kajian juga

melihat persepsi mahasiswa terbabit secara menyeluruh berdasarkan soalan yang diberikan untuk

melihat tahap kualiti pengurusan perkhidmatan Unit Sukan. Seramai 203 mahasiswa dari pengajian

Program Sains Sukan dan atlet - atlet Universiti Malaysia dari pelbagai latar bidang pengajian

dipilih menjadi sampel kajian ini. Kaedah yang digunakan untuk kajian ini adalah kaedah

penyelidikan tinjauan melalui soal selidik.

Keputusan kajian menunjukkan bahawa: (1) Terdapat perbezaan yang signifikan persepsi responden

lelaki dan wanita terhadap kualiti pengurusan perkhidmatan sukan Unit Sukan, Universiti Malaysia

Sabah. (2) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara kumpulan umur yang berbeza terhadap

kualiti pengurusan perkhidmatan Unit Sukan, Universiti Malaysia Sabah. (3) Tidak terdapat perbezaan

yang signifikan mengikut tahun pengajian terhadap kualiti pengurusan perkhidmatan Unit Sukan,

Universiti Malaysia Sabah. (4) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara kumpulan etnik

yang berbeza terhadap kualiti pengurusan perkhidmatan Unit Sukan, Universiti Malaysia Sabah. (5)

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara responden yang masih bujang dan berkahwin. (6)

Dapatan kajian menunjukkan bahawa 47 % responden bersetuju pengurusan perkhidmatan Unit Sukan,

Universiti Malaysia Sabah adalah berkualiti , manakala 16.3 % berkecuali dan 35.9 % responden

menunjukkan tidak bersetuju dengan kualiti pengurusan perkhidmatan Unit Sukan, Universiti Malaysia

Sabah.