Hubungan kepimpinan berpusatkan pembelajaran pengetua, komuniti pembelajaran profesional dan efikasi kendiri guru Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Sarawak

Kajian ini bertujuan untuk mengesahkan konstruk model Kepimpinan Berpusatkan

Pembelajaran pengetua, Komuniti Pembelajaran Profesional dan Efikasi Kendiri Guru.

Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada...
محفوظ في:
المؤلف الرئيسي: | |

التنسيق: | thesis |
اللغة: | zsm |
منشور في: |
2022

الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9254 |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!

الملخص: |
Kajian ini bertujuan untuk mengesahkan konstruk model Kepimpinan Berpusatkan

Pembelajaran pengetua, Komuniti Pembelajaran Profesional dan Efikasi Kendiri Guru.

Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan signifikan

antara setiap pemboleh ubah yang dikaji dan menguji sama ada Komuniti Pembelajaran

Profesional merupakan mediator antara Kepimpinan Berpusatkan Pembelajaran pengetua

dan Efikasi Kendiri Guru. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka

bentuk kajian tinjauan. Pemilihan sampel dilakukan dengan menggunakan kaedah

persampelan rawak berstrata melibatkan 794 responden dalam kalangan guru Sekolah

Menengah Kebangsaan di Sarawak. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah SEM

AMOS. Model Kepimpinan Berpusatkan Pembelajaran pengetua mencapai kesepadanan

dengan nilai relatif x2 = 4.22, CFI = .95, TLI = .94 dan RMSEA = .06. Model Komuniti

Pembelajaran Profesional mencapai kesepadanan dengan nilai relatif x2= 2.75, CFI = .95,

TLI = .95 dan RMSEA = .05. Selain itu, model Efikasi Kendiri Guru mencapai

kesepadanan dengan nilai relatif x2 = 3.61, CFI = .99, TLI = .99 dan RMSEA = .06. Hasil

prosedur bootstrapping mendapati Komuniti Pembelajaran Profesional merupakan

mediator penuh terhadap hubungan antara Kepimpinan Berpusatkan Pembelajaran

pengetua dan Efikasi Kendiri Guru dengan kesan tidak langsung yang signifikan ( = .40,

p < .001) dan kesan langsung yang tidak signifikan ( = -.08, p = .21). Kesimpulannya,

hasil kajian membawa implikasi bahawa pengetua yang mengamalkan Kepimpinan

Berpusatkan Pembelajaran dapat meningkatkan Efikasi Kendiri Guru secara berkesan

melalui usaha membudayakan Komuniti Pembelajaran Profesional di sekolah. Selain

sebagai sumbangan literatur, kajian ini dapat dijadikan panduan oleh Pejabat Pendidikan

Daerah di Sarawak, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Kementerian Pendidikan

Malaysia, Institut Aminuddin Baki dan Institut Pendidikan Guru dalam merancang kursus

dan latihan ke arah peningkatan profesionalisme pengetua dan guru dengan lebih berkesan.