Aktiviti biologi Sargassum Ilicifolium (Turner) C. Agardh serta potensinya sebagai hormon penggalak pertumbuhan pokok cili

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji aktiviti biologi Sargassum ilicifolium (Turner) C.

Agardh serta potensinya sebagai hormon penggalak pertumbuhan pokok cili. Aktiviti

biologi dikenal pasti melalui kehadiran bahan...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9266 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji aktiviti biologi Sargassum ilicifolium (Turner) C.

Agardh serta potensinya sebagai hormon penggalak pertumbuhan pokok cili. Aktiviti

biologi dikenal pasti melalui kehadiran bahan bioaktif menggunakan ekstrak S.

ilicifolium dalam pelarut heksana, metanol, diklorometana dan air. Ujian toksisiti

dilakukan menggunakan kaedah Brine Shrimp Lethality (BSL) terhadap udang brin

(Artemia salina). Kajian antibakteria pula, menggunakan kaedah penyebaran cakera ke

atas enam jenis bakteria dengan kepekatan ekstrak yang berbeza. Sementara itu, S.

ilicifolium telah diekstrak menggunakan pelarut dengan kepekatan yang berbeza untuk

dijadikan sebagai hormon penggalak pertumbuhan pokok cili. Hasil kajian

menunjukkan S. ilicifolium mengandungi alkaloid, terpenoid, tanin, saponin dan

flavonoid. Ujian toksisiti menunjukkan nilai LC50 yang berbeza dalam lingkungan

bertoksik (30 1000 mg ml-l) untuk kesemua ekstrak mentah iaitu heksana (234.42 mg

ml-1), methanol (371.54 mg ml-1), diklorometana (549.54 mg ml -1) dan air (93.33 mg

ml-1). Ini membuktikan semua ekstrak dianggap sebagai bertoksik. Bagi hasil kajian

antibakteria pula, ekstrak air S. ilicifolium menunjukkan aktiviti perencatan tertinggi

terhadap bakteria gram negatif, Escherichia coli (12.67 1.2 mm). Kepekatan yang

rendah bagi ekstrak diklorometana (0.5mg-1) memberikan percambahan biji benih cili

yang paling tinggi berbanding kawalan. Daripada sepuluh parameter yang dikaji, hasil

menunjukkan lapan parameter iaitu panjang pokok cili (24.9 sm), panjang ruas (3.6

sm), diameter buah (12.18 mm), lebar daun (11.5 sm) panjang buah (113.86 mm), berat

segar buah (7.8 g), panjang akar (15.9 sm) dan bilangan daun (30 helai) memberikan

perbezaan min yang signifikan berbanding kawalan. Kesimpulannya, ekstrak S.

ilicifolium adalah bertoksik, mengandungi sifat antibakteria dan mempunyai metabolit

sekunder yang menggalakkan pertumbuhan pokok cili. Implikasinya, S. ilicifolium

berpotensi untuk digunakan dalam pelbagai aktiviti biologi seperti penskrinan

fitokimia, pigmentasi, antibakteria, toksisiti dan sebagai hormon penggalak

pertumbuhan pokok cili.