Kesan Modul Pembelajaran Teradun Berasaskan Inkuiri terhadap pencapaian pelajar aliran Vokasional dalam program Teknologi Elektronik

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah Modul Pembelajaran Teradun

Berasaskan Pendekatan Inkuiri (Modul PTBI) dan melihat kesan pelaksanaannya

terhadap pencapaian pelajar program Teknologi Elektronik di Kolej...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Anesman Buangraya Wenge Abdul Rahman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9268
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah Modul Pembelajaran Teradun

Berasaskan Pendekatan Inkuiri (Modul PTBI) dan melihat kesan pelaksanaannya

terhadap pencapaian pelajar program Teknologi Elektronik di Kolej Vokasional dalam

kursus Penyelesaian Masalah Peralatan Elektronik Industri (PMPEI). Teori

Konstruktivisme dan model Blended Learning serta model Inkuiri 5E dijadikan

sandaran utama dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian

eksperimen dengan menggunakan pendekatan Penyelidikan Rekabentuk dan

Pembangunan (DDR) yang terdiri daripada fasa analisis keperluan, fasa rekabentuk dan

pembangunan, serta fasa penilaian. Data fasa analisis keperluan dikutip dengan

menggunakan soal selidik terhadap 360 orang pelajar dan 106 orang pengajar. Data

dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Data fasa rekabentuk dan

pembangunan modul dikutip dengan menggunakan teknik Fuzzy Delphi yang

melibatkan 19 orang pakar. Analisis adalah berdasarkan respons pakar terhadap soal

selidik yang menggunakan skala Likert Linguistik Fuzzy. Nilai ambangan d dihitung

untuk mendapatkan konsensus pakar terhadap semua item dalam soal selidik dengan

berpandukan nilai ambangan d<0.2. Fasa penilaian menggunakan kaedah eksperimen

kuasi untuk menilai keberkesanan modul. Perbandingan pencapaian antara satu

kumpulan eksperimen dan satu kumpulan kawalan telah dilaksanakan melalui ujian pra

dan ujian pasca. Kebolehgunaan modul turut dikenal pasti dengan menggunakan soal

selidik, pemerhatian dan temu bual kepada pelajar dengan dapatan menunjukkan

pelajar bersetuju Modul PTBI sesuai untuk digunakan dalam kursus PMPEI. Dapatan

kajian fasa pertama menunjukkan pelajar dan pengajar bersetuju modul dalam talian

diperlukan dalam kursus PMPEI. Dapatan fasa rekabentuk dan pembangunan

menunjukkan pakar mencapai konsensus bersama dengan nilai ambangan d<0.2

melebihi 75% dari segi kesesuaian item-item dalam modul. Dapatan fasa penilaian

melalui Ujian-t Sampel Bebas menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan

(p<0.05) antara kumpulan eksperimen (min=71.07) dengan kumpulan kawalan

(min=62.20). Ini menunjukkan penggunaan Modul PTBI berkesan membantu pelajar

terutamanya pelajar berpencapaian rendah dan sederhana dalam meningkatkan

pencapaian dalam kursus PMPEI. Ujian Regresi Linear menunjukkan terdapat

pengaruh yang signifikan (=.154) daripada pemboleh ubah pengetahuan sedia ada

terhadap pencapaian pelajar. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan terdapat

kesan yang signifikan antara penggunaan Modul PTBI terhadap pencapaian pelajar

program Teknologi Elektronik dalam kursus PMPEI.