Pembangunan dan pengujian kelas maya I-Think elektrokimia ke atas kemahiran berfikir aras tinggi dan minat murid berbeza keupayaan spatial

Kajian ini bertujuan membangun dan menguji keberkesanan kelas maya i-Think

(ITVC) ke atas kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan minat terhadap topik

elektrokimia dalam kalangan murid berbeza keupayaan spatial. P...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9272 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan membangun dan menguji keberkesanan kelas maya i-Think

(ITVC) ke atas kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan minat terhadap topik

elektrokimia dalam kalangan murid berbeza keupayaan spatial. Pembangunan ITVC

dan kelas maya konvensional (CVC) adalah berdasarkan Model ADDIE.

Keberkesanan ITVC diuji menggunakan kajian kuasi eksperimen yang melibatkan 66

orang murid tingkatan empat. Kumpulan kawalan dan rawatan masing-masing terdiri

daripada 33 orang murid yang mempelajari tajuk elektrokimia secara CVC dan ITVC.

Kedua-dua ITVC dan CVC dibangunkan dalam platform kelas maya Google

Classroom yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. ITVC

menggunakan i-Think manakala CVC menggunakan jadual perbandingan. Instrumen

kajian yang digunakan adalah ujian keupayaan spatial, ujian KBAT elektrokimia dan

soal selidik minat murid terhadap elektrokimia. Data dianalisis menggunakan

ANOVA faktorial (2x2) pengukuran berulang bagi menjawab persoalan kajian.

Terdapat kesan utama kumpulan dan keupayaan spatial terhadap KBAT murid bagi

topik elektrokimia. Kumpulan rawatan menunjukkan perbezaan min skor yang

signifikan di antara praujian dan pascaujian KBAT elektrokimia berbanding kumpulan

kawalan. Dapatan juga menunjukkan murid keupayaan spatial tinggi (KST)

merekodkan perbezaan min skor praujian dan pascaujian KBAT elektrokimia yang

signifikan berbanding murid keupayaan spatial rendah (KSR). Walau bagaimanapun,

dapatan menunjukkan tiada kesan utama kumpulan dan keupayaan spatial terhadap

minat murid bagi topik elektrokimia bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan;

dan keupayaan spatial tinggi dan rendah. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan

bahawa penggunaan i-Think dalam kelas maya menunjukkan perbezaan KBAT yang

signifikan dalam kalangan murid berbeza keupayaan spatial tetapi tidak terhadap

minat bagi topik elektrokimia. Justeru, implikasinya ITVC berupaya membantu guru

membudayakan KBAT dan mengaplikasi pedagogi abad ke-21 dalam kelas maya

kimia.