Pembangunan Kaedah Kit Transformasi Isometri Mengintegrasikan Pembelajaran Berasaskan Permainan dan kesannya terhadap pencapaian dan motivasi murid tingkatan 2

<p>Kajian ini bertujuan membangunkan Kaedah Kit Transformasi Isometri Mengintegrasikan Pembelajaran Berasaskan Permainan (Kaedah KitTI) dan menguji kesan penggunaan Kaedah KitTI terhadap dua pemboleh ubah iaitu pencapaian tajuk Transformasi Isometri dan motivasi murid Tingkatan 2. Sela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Munirah Mohd Nasir
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9280
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan membangunkan Kaedah Kit Transformasi Isometri Mengintegrasikan Pembelajaran Berasaskan Permainan (Kaedah KitTI) dan menguji kesan penggunaan Kaedah KitTI terhadap dua pemboleh ubah iaitu pencapaian tajuk Transformasi Isometri dan motivasi murid Tingkatan 2. Selain itu, kajian ini juga menentukan kebolehgunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Kaedah KitTI. Keseluruhan kajian ini menggunakan kajian reka bentuk dan pembangunan dengan reka bentuk tinjauan dan kuasi eksperimen. Kaedah KitTI dibangunkan berasaskan model ADDIE. Pemilihan sampel dijalankan secara pensampelan rawak berkelompok melibatkan murid Tingkatan 2 di sebuah sekolah di daerah Muallim dan Batang Padang dalam negeri Perak. Sampel kajian terdiri daripada 31 orang murid kumpulan rawatan dan 20 orang murid kumpulan kawalan. Data dikumpulkan menggunakan tiga instrumen iaitu Soal Selidik Kebolehgunaan BBM Kaedah KitTI, Ujian Pencapaian Tajuk Transformasi Isometri, dan Soal Selidik Motivasi Kaedah KitTI. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi melibatkan ujian-t, analisis kovarian, dan ujian pangkat-bertanda Wilcoxon masing-masing bagi menentukan kebolehgunaan BBM dalam Kaedah KitTI, pencapaian tajuk Transformasi Isometri, dan motivasi terhadap murid. Kajian ini berjaya membangunkan Kaedah KitTI yang mempunyai kesahan memuaskan (IKK = 1.000). Dapatan kajian menunjukkan skor min kebolehgunaan BBM dalam Kaedah KitTI bagi kumpulan rawatan adalah tinggi [t (30) 33.339, p .050]. Di samping itu, terdapat peningkatan pencapaian bagi kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan dengan kumpulan rawatan memperoleh peningkatan pencapaian yang lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan kawalan apabila skor min ujian pra pencapaian dijadikan kovariat [ F(1,48)4.184,.050] p . Dapatan kajian juga menunjukkan wujud motivasi murid yang tinggi (min = 238.807, sp = 20.953, p = .000) setelah menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) menggunakan Kaedah KitTI. Kesimpulannya, kajian ini telah menghasilkan Kaedah KitTI yang memuaskan, di samping Kaedah KitTI meningkatkan pencapaian tajuk Transformasi Isometri dan mewujudkan motivasi murid. Implikasinya, Kaedah KitTI menyokong Teori Pembelajaran Dienes, Teori Penentuan Kendiri, dan Model Kitaran Pembelajaran 5E sekali gus membuktikan Kaedah KitTI boleh dijadikan panduan guru matematik dalam mereka bentuk PdP yang lebih dinamik dan mampu meningkatkan pencapaian serta motivasi murid.</p>