Kesan intensiti beban \"wearable resistance\" semasa protokol pemanasan badan ke atas biokekanik tendangan sukan Taekwondo

Kajian ini bertujuan untuk menentukan dan membandingkan kesan intensiti wearable

resistance terhadap protokol pemanasan badan terhadap biomekanik tendangan dalam

kalangan atlet Taekwondo. Pembahagian intensiti weara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tuan Muhammad Shafiq Tuan Ibrahim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9282
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menentukan dan membandingkan kesan intensiti wearable

resistance terhadap protokol pemanasan badan terhadap biomekanik tendangan dalam

kalangan atlet Taekwondo. Pembahagian intensiti wearable resistance dibahagikan

kepada tiga kategori iaitu 0%, 5% dan 10% daripada jisim badan, dan diukur terhadap

kinematik, kinetik dan pengaktifan otot semasa lakuan tendangan hadapan dan

tendangan kapak. Seramai 25 orang atlet lelaki Taekwondo direkrut untuk kajian ini

dengan nilai min dan sisihan piawai tinggi (174.00 4.76 sm), berat (75.93 13.64 kg)

dan umur (22.57 1.36 tahun) direkodkan. Hasil kajian menunjukkan bahawa hanya

otot bicep femoris P < 0.05 iaitu (p= 0.04) menunjukkan perbezaan yang lebih tinggi

antara ketiga-tiga beban wearable resistance untuk tendangan hadapan dan tiada

perbezaan yang signifikan bagi pembolehubah untuk tendangan kapak. Walaupun

kebanyakan pembolehubah merekodkan tiada peningkatan yang signifikan tetapi dalam

masa yang sama tiada juga berlaku penurunan prestasi untuk kedua-dua tendangan dan

ini memberi idea bahawa penggunaan wearable resistance sebagai alternatif untuk

sesi pemanasan badan. Kesimpulannya, penggunaan teknologi wearable resistance

ini dapat membantu memberi kesan secara akut sejurus selesai protokol pemanasan

badan untuk melakukan menghasilkan tendangan yang optimum ketika perlawanan.

Oleh itu, dinasihatkan untuk menyediakan intensiti beban berpandukan kepada jisim

badan atlet untuk meningkatkan kinematik, kinetik dan pengaktifan otot semasa

melakukan tendangan.