Gaya pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Cina di sebuah universiti swasta di Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajarpelajar

Cina yang mengikuti kursus Bahasa Kebangsaan A berdasarkan gaya

pembelajaran diperluas. Reka bentuk penyelidikan kuantitatif y...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jaya Mathy Subramaniam
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9288
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajarpelajar

Cina yang mengikuti kursus Bahasa Kebangsaan A berdasarkan gaya

pembelajaran diperluas. Reka bentuk penyelidikan kuantitatif yang menggunakan

kaedah tinjauan dipilih untuk menjawab enam persoalan kajian dan empat hipotesis

kajian. Instrumen soal selidik yang mengandungi 56 item yang mewakili lapan konstruk

gaya pembelajaran pelajar digunakan bagi mendapatkan data. Seramai 242 pelajarpelajar

di sebuah universiti swasta di Malaysia dilibatkan sebagai sampel kajian. Protokol

temu bual yang melibatkan sebelas orang pelajar digunakan bagi mengukuhkan data

kajian berdasarkan jantina. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan

menggunakan nilai min, julat, sisihan piawai, ujian-t, ANOVA satu hala, dan regresi

berganda dengan menggunakan program Statistical Package for Social Sciences (SPSS)

for Windows versi 25. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya pembelajaran

bekerjasama adalah gaya pembelajaran yang paling dominan. Dapatan kajian

berdasarkan jantina pula mendapati bahawa pelajar lelaki dominan kepada gaya

pembelajaran bekerjasama manakala pelajar perempuan pula dominan kepada gaya

pembelajaran penyertaan. Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat perbezaan

min yang signifikan antara gaya pembelajaran diperluas secara keseluruhan

berdasarkan jantina. Selain daripada itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak

terdapat perbezaan min yang signifikan antara gaya pembelajaran diperluas dengan

program pengajian dan juga GPA. Dapatan kajian bagi analisis regresi berganda

mendapati bahawa gaya pembelajaran pelajar bagi elemen pengalaman adalah yang

paling mempengaruhi GPA pelajar dan diikuti oleh elemen penyertaan. Implikasi

kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai pelbagai gaya pembelajaran yang

berlainan dan turut mendapati bahawa gaya pembelajaran pelajar tidak boleh diukur

berdasarkan kepada satu bentuk pengajaran sahaja. Kajian juga menunjukkan bahawa

faktor jantina turut mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Kajian turut

menunjukkan bahawa elemen gaya pembelajaran pengalaman dan penyertaan adalah

yang paling mempengaruhi GPA pelajar.