Pengaruh tingkah laku terancang dan daya tahan terhadap hasrat keusahawanan pelajar Kolej Matrikulasi Perlis

Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh tingkah laku terancang (TPB) dan

daya tahan (RE) terhadap hasrat keusahawanan (EI) pelajar Kolej Matrikulasi Perlis.

Kajian kuantitatif melalui tinjauan telah dilakukan...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9291 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh tingkah laku terancang (TPB) dan

daya tahan (RE) terhadap hasrat keusahawanan (EI) pelajar Kolej Matrikulasi Perlis.

Kajian kuantitatif melalui tinjauan telah dilakukan terhadap 244 orang pelajar Kursus

Pengurusan Perniagaan yang dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak mudah.

Soal selidik menggunakan skala Likert 5 mata diedarkan secara penghantaran dan

kutipan. Analisis regresi berganda, analisis mediasi sederhana dan analisis moderasi

sederhana dilakukan dengan menggunakan SPSS v.23 dan PROSES makro untuk SPSS

v.3.4. Keputusan analisis regresi berganda menunjukkan bahawa pembolehubah bebas

yang diuji dapat menjelaskan 25.5% varians terhadap hasrat keusahawanan pelajar. Ini

membuktikan bahawa tiga dimensi TPB dapat membantu meningkatkan EI pelajar

Kolej Matrikulasi Perlis. Dimensi sikap terhadap tingkah laku (ATB) merupakan

pembolehubah bebas yang paling mempengaruhi EI pelajar (= 0.307, p= 0.000) diikuti

dengan SN (= 0.231, p= 0.000) dan PBC (= 0.137, p= 0.020). Dapatan kajian juga

menunjukkan terdapat hubungan positif dan signifikan antara TPB dan EI pelajar (=

0.494, p= 0.000). Hubungan antara TPB dan EI masih signifikan (p= 0.000) selepas RE

sebagai mediasi separa dalam hubungan antara TPB dan EI pelajar. Akhir sekali,

keputusan kajian menunjukkan kesan moderasi penglibatan pelajar (PP) yang

signifikan (p= 0.006) ke atas EI pelajar. Kesimpulannya, kajian ini mencadangkan

bahawa TPB dan RE pelajar yang tinggi dijangka dapat meningkatkan EI pelajar.

Walau bagaimanapun, kajian yang lebih komprehensif perlu dilaksanakan untuk

melihat kesan TPB dan RE terhadap EI pelajar. Implikasi kajian menunjukkan bahawa

daya tahan keusahawanan yang kuat dapat dijalin melalui peranan faktor RE dan TPB

sebagai model alternatif dalam menjelaskan EI pelajar.