Pemikiran dan sumbangan Noordin Hassan dalam drama dari perspektif teori SPB4K

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pemikiran dan sumbangan Noordin Hassan

dalam drama terpilih berdasarkan teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K)

janaan Dato Prof. Dr. Mohd. Yusof Hasan ke atas pembentukan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Samin Rabani
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9321
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pemikiran dan sumbangan Noordin Hassan

dalam drama terpilih berdasarkan teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K)

janaan Dato Prof. Dr. Mohd. Yusof Hasan ke atas pembentukan insan seimbang serta

pengaruhnya dalam perkembangan drama Melayu di Malaysia. Kajian ini berbentuk

kualitatif menggunakan kaedah analisis kepustakaan, analisis kandungan teks dan

analisis deskriptif. Analisis pemikiran Noordin Hassan ini disandarkan kepada empat

prinsip teori SPB4K iaitu kerohanian, kebitaraan, kesaintifikan dan kekreatifan. Untuk

melihat kesan dan sumbangannya kepada pembentukan insan seimbang analisis ini

bersandarkan kepada empat aspek pembentukan insan iaitu jasmani, emosi, rohani dan

intelek (JERI) seperti terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Berdasarkan analisis yang dilakukan, didapati pemikiran yang berkaitan dalam aspek

kerohanian yang meliputi aspek aqidah, syariah, ibadah dan tasawuf lebih banyak

ditemukan. Manakala dalam aspek kesaintifikan pula pemikiran Noordin Hassan

dalam drama yang berkenaan lebih menjurus kepada fakta sains, fakta sejarah dan isu

semasa. Sementara itu dalam aspek kebitaraan tidak banyak ditemukan kecuali yang

menyentuh soal penyelesaian masalah yang dihadapi oleh watak-watak. Hasil analisis

kajian mendapati bahawa pemikiran Noordin Hassan juga mempunyai kaitan secara

langsung dengan pembentukan insan seimbang terutama dari sudut keunggulan

jasmani, kecemerlangan emosi dan rohani serta menjana keintelektualan. Pemikiran

Noordin Hassan juga memberi kesan kepada perkembangan drama Melayu di

Malaysia terutama dari sudut kemunculan aliran drama pascamoden yang meliputi

aliran surealisme, absurdisme dan teater fitrah serta menonjolkan unsur ekspresi

dalam pementasan. Berdasarkan dapatan kajian ini dapat dirumuskan bahawa

pemikiran Noordin Hassan mempunyai impak yang tinggi dalam pembentukan aliran

drama di Malaysia dan juga pembentukan insan seimbang dari aspek JERI. Sebagai

dkesimpulannya, drama terpilih yang dikaji ini sesuai untuk dijadikan sumber

pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta rujukan umum pembaca untuk

menambah ilmu pengetahuan.