Kesan pelaksanaan aktiviti pergerakan kreatif terhadap kemahiran sosial kanak-kanak Tabika Kemas

Kajian ini bertujuan mengkaji kesan pelaksanaan aktiviti pergerakan kreatif dalam

meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak Tabika KEMAS dengan mengenalpasti

masalah kemahiran sosial, jenis aktiviti pergerakan kreat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suhaila Mohd Nizor
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9322
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan mengkaji kesan pelaksanaan aktiviti pergerakan kreatif dalam

meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak Tabika KEMAS dengan mengenalpasti

masalah kemahiran sosial, jenis aktiviti pergerakan kreatif yang akan dilaksanakan, dan

kesannya terhadap kemahiran sosial kanak-kanak. Kajian ini melibatkan tiga fasa, di mana

fasa pertama ialah memilih dan membuat perancangan aktiviti, sementara fasa kedua ialah

pelaksanaan aktiviti. Fasa ketiga ialah menilai kesan aktiviti yang telah dipilih terhadap

kanak-kanak. Kajian ini menggunakan Teori Pemodelan Albert Bandura dan Teori Ekologi

Urie Bronfrenbrenner. Pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian kes telah digunakan

dalam kajian ini dengan melibatkan empat orang kanak-kanak tabika dan dua orang guru

di Tabika KEMAS Siber, Puchong, Selangor. Sementara itu, tiga jenis instrumen kajian

digunakan iaitu rekod berterusan, senarai semak kemahiran sosial, dan soalan temubual.

Data pemerhatian, temubual, dan dokumen rasmi dianalisis secara manual oleh penyelidik.

Dapatan kajian mendapati bahawa aktiviti pergerakan kreatif berkesan dalam membantu

meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak dalam bilik darjah. Kajian ini merumuskan

bahawa pelaksanaan aktiviti pergerakan kreatif melalui muzik, tarian, dan drama dapat

membantu meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak tabika seperti berkongsi, empati,

keterlibatan, kepimpinan, penyelesaian masalah, komunikasi, dan kerjasama. Implikasi

kajian menunjukkan penggunaan aktiviti pergerakan kreatif adalah sesuai diaplikasikan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam menerapkan kesan yang positif dalam

perkembangan kemahiran sosial kanak-kanak. Kajian ini mendatangkan manfaat kepada

banyak pihak terutamanya kanak-kanak, sekaligus memberi input tambahan dan idea

kepada guru untuk terus melaksanakan aktiviti pergerakan kreatif dan menyediakan

pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada kanak-kanak ini.