Keberkesanan kaedah pengajaran Total Physical Response dalam pembelajaran kosa kata bahasa Mandarin sebagai bahasa asing

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana kaedah pengajaran Total Physical

Response (TPR) dapat meningkatkan pencapaian pelajar menguasai kosa kata bahasa

Mandarin berbanding dengan kaedah pengajaran konvensio...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tan, Hua An
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9323
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana kaedah pengajaran Total Physical

Response (TPR) dapat meningkatkan pencapaian pelajar menguasai kosa kata bahasa

Mandarin berbanding dengan kaedah pengajaran konvensional. Selain itu, kajian ini

juga bertujuan untuk mengkaji sejauh mana kaedah pengajaran TPR dapat

meningkatkan kesan memori pelajar terhadap kosa kata bahasa Mandarin berbanding

dengan kaedah pengajaran konvensional. Reka bentuk kajian kuasi-eksperimen

digunakan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan ujian pra, ujian pasca, soal selidik

dan temubual sebagai instrumen. Responden kajian adalah pelajar universiti bukan

penutur natif bahasa Mandarin yang sedang mengikuti kursus bahasa Mandarin sebagai

bahasa asing pada peringkat permulaan. Sampel kajian dibahagi kepada dua kumpulan

iaitu 32 orang pelajar dalam kumpulan rawatan yang diajar dengan menggunakan

kaedah pengajaran TPR dan 32 orang pelajar dalam kumpulan kawalan yang diajar

dengan menggunakan kaedah pengajaran konvensional. Dalam ujian pasca tiga, nilai p

= 0.008 (p<0.05) menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min

antara kesan penggunaan kaedah pengajaran TPR dan penggunaan kaedah pengajaran

konvensional dalam pembelajaran kosa kata bagi daya ingatan. Walaupun kedua-dua

kumpulan tidak berbeza pada ujian pasca pertama, namun kumpulan rawatan

menunjukkan prestasi yang lebih baik secara signifikan pada ujian pasca kedua dan

ketiga (p<0.05). Selain itu, penggunaan kaedah pengajaran TPR juga mendapat

persepsi positif daripada pelajar kumpulan rawatan melalui soal selidik dan temu bual

yang telah dijalankan. Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa kaedah

pengajaran TPR adalah berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran konvensional.

Pelajar dalam kumpulan rawatan mendapat keputusan yang lebih baik setelah

pelaksanaan kaedah pengajaran TPR. Implikasi daripada dapatan kajian ini adalah

kaedah pengajaran TPR dapat meningkatkan pembelajaran kosa kata bahasa Mandarin

dan ingatan pelajar terutamanya di peringkat permulaan di institusi pengajian tinggi.

Dengan pelaksanaan kajian ini, pengkaji berharap dapat memberi manfaat dan kebaikan

kepada warga pendidik dan penyelidik khususnya di peringkat pengajian tinggi.