Ekspresi kendiri dalam lukisan kanak-kanak autisme di sebuah sekolah kebangsaan integrasi (IR)

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji dan mengenalpasti ekspresi diri dalam lukisan kanak-kanak autisme dalam kelas seni visual. Seramai empat orang daripada 55 orang kanak-kanak berkeperluan khas yang mendaftarkan diri di Kelas Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Sri Langat telah dipilih seba...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Ismail Muhamad
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2016
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=936
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji dan mengenalpasti ekspresi diri dalam lukisan kanak-kanak autisme dalam kelas seni visual. Seramai empat orang daripada 55 orang kanak-kanak berkeperluan khas yang mendaftarkan diri di Kelas Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Sri Langat telah dipilih sebagai partisipan. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Data dikumpulkan secara temu bual dan pemerhatian. Menerusi temu bual dengan responden serta analisis lukisan kanak-kanak autisme (lukisan partisipan), didapati kanak-kanak ini banyak menggunakan imaginasi, bersedia untuk mencuba sesuatu yang berlainan dan berani memaparkan ekspresi diri dan berfikiran terbuka. Kanak-kanak autisme ini juga cenderung melukis berdasarkan minat, pengalaman, pemerhatian yang teliti dan perkara-perkara yang menyentuh hati mereka. Kesimpulannya, kajian ekspresi diri dalam lukisan menunjukkan bahawa kanak-kanak autisme boleh mengekspresi dirinya melalui lukisan dan bakat kanak-kanak autisme ini boleh diketengahkan dengan meningkatkan pemerhatian secara terperinci dan sokongan padu dari guru-guru, ibu bapa dan masyarakat sekeliling.