Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran biologi berteraskan pembelajaran berasaskan masalah berperancahan (IR)

Kajian ini bertujuan membina dan menilai kesan penggunaan modul pembelajaran berasaskan masalah berperancahan (PBM-RK) terhadap pencapaian, kemahiran pemikiran kritis (KPK) dan pembelajaran regulasi kendiri (PRK) murid Biologi berprestasi tinggi dan rendah. Pembinaan modul PBM-RK adalah berdasarkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suzilawati Shamsudin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=939
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membina dan menilai kesan penggunaan modul pembelajaran berasaskan masalah berperancahan (PBM-RK) terhadap pencapaian, kemahiran pemikiran kritis (KPK) dan pembelajaran regulasi kendiri (PRK) murid Biologi berprestasi tinggi dan rendah. Pembinaan modul PBM-RK adalah berdasarkan gabungan model Sidek dan Jamaludin serta model 3C3R. Pengintegrasian perancahan PRK dalam modul PBM-RK dilakukan berasaskan penggabungan model maklum balas PRK dan kitaran PRK. Pendekatan kuantitatif menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen faktorial 3x2 digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 189 orang murid biologi tingkatan 4 daripada enam buah sekolah menengah harian di Daerah Kinta Utara. Modul PBM-RK dibina merangkumi dua tajuk iaitu Ekosistem Dinamik dan Ekosistem Terancam. Pelaksanaan PBM-RK dilakukan melibatkan empat kitaran selama 10 minggu intervensi. Kesan PBM-RK diukur menggunakan instrumen ujian pencapaian biologi, kemahiran pemikiran kritis (MyCT) dan pembelajaran regulasi kendiri (MSLQ-R). Penganalisisan data dijalankan menggunakan ANOVA dua hala, ANCOVA dua hala, MANOVA dan MANCOVA untuk membandingkan kesan pemboleh ubah tidak bersandar terhadap beberapa pemboleh ubah bersandar. Hasil kajian menunjukkan terdapat kesan utama rawatan terhadap pemboleh ubah bersandar pembelajaran regulasi kendiri, pencapaian dan kemahiran pemikiran kritis. Walau bagaimanapun hasil kajian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan pencapaian pelajar berprestasi tinggi yang mengikuti PBM-RK dengan PBM dan kawalan. Kesimpulan menunjukkan penggunaan modul PBM-RK telah meningkatkan pembelajaran regulasi kendiri, pencapaian dan kemahiran pemikiran kritis pelajar. Implikasinya penggunaan modul PBM-RK dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PBM dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi. Modul ini dikemukakan sebagai alternatif yang boleh digunakan oleh para pendidik ke arah memperkayakan bahan bantu guru dan rujukan tambahan pengajaran dan pembelajaran Biologi