Perubahan pembangunan pelancongan warisan melalui petunjuk pelancongan lestari di Melaka Tengah

Pembangunan pesat di kawasan pelancongan warisan akan memberi kesan kepada

bangunan warisan yang terdapat di sekitar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk

melihat impak pembangunan kepada negeri Melaka dari pandang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Pirasanah Sasidharan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9478
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Pembangunan pesat di kawasan pelancongan warisan akan memberi kesan kepada

bangunan warisan yang terdapat di sekitar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk

melihat impak pembangunan kepada negeri Melaka dari pandangan penduduknya.

Objektif kajian ini adalah mengenal pasti tahap pengetahuan, pembangunan

pelancongan dan kesan pembangunan pelancongan kepada kelestarian pelancongan

warisan yang berasaskan Petunjuk Pelancongan Lestari di Melaka Tengah yang

meliputi Bandar Melaka. Seramai 382 orang responden yang menetap di sekitar

Melaka Tengah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah

berdasarkan Jadual Krejcie & Morgan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif

melalui kajian tinjauan dan menggunakan instrumen soal selidik. Data yang

dikumpul, dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan korelasi. Dapatan kajian

menunjukkan tahap pengetahuan penduduk tempatan tentang pembangunan

pelancongan warisan di Melaka Tengah adalah tinggi (M=3.92, S.P= 0.37), tahap

perubahan pembangunan pelancongan warisan melalui Petunjuk Pelancongan Lestari

adalah tinggi (M=3.67, S.P=0.26) manakala kesan pembangunan pelancongan

terhadap kelestarian pelancongan warisan di Melaka Tengah juga berada di tahap

yang tinggi (M=4.07, S.P=0.17). Secara keseluruhan, terdapat hubungan signifikan

yang tinggi antara pengetahuan penduduk tempatan dengan pembangunan

pelancongan warisan di Melaka Tengah (r=0.482, p < 0.05). Seterusnya, terdapat

hubungan yang signifikan tinggi antara pengetahuan penduduk tempatan dengan

kelestarian pelancongan warisan di Melaka Tengah (r=0.206, p < 0.05) dan hubungan

yang signifikan tinggi antara pembangunan pelancongan dengan kelestarian

pelancongan warisan (r=0.330, p<0.05). Secara kesimpulannya, perubahan

pembangunan pelancongan memberi kesan kepada kelestarian pelancongan warisan di

Melaka Tengah. Implikasi kajian ini dapat dijadikan garis panduan bagi Kerajaan

Negeri Melaka dan Pihak Berkuasa Tempatan yang lain dalam mengatasi isu

pembangunan pelancongan warisan secara lestari berasaskan Petunjuk Pelancongan

Lestari. Pada masa yang sama, pelancongan yang lestari dapat menarik lebih banyak

pelancong ke Bandar Melaka sekali gus meningkatkan pendapatan penduduk

tempatan dan negeri.