Pengaruh pengetahuan pengajaran, kepercayaan, sikap dan kompetensi pengajaran terhadap amalan pengajaran Matematik di sekolah menengah

Tujuan utama kajian adalah untuk mengenal pasti hubungan berstruktur antara

Pengetahuan Pengajaran Matematik (P), Kepercayaan Matematik (K), Sikap Terhadap

Matematik (S) dan Kompetensi Pengajaran Matematik (Komp) de...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norkumalasari Othman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9487
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan utama kajian adalah untuk mengenal pasti hubungan berstruktur antara

Pengetahuan Pengajaran Matematik (P), Kepercayaan Matematik (K), Sikap Terhadap

Matematik (S) dan Kompetensi Pengajaran Matematik (Komp) dengan Amalan

Pengajaran Matematik (AP) dalam kalangan guru Matematik sekolah menengah.

Seramai 392 orang guru Matematik dari Negeri Sembilan telah terpilih sebagai

responden kajian melalui persampelan rawak dua peringkat. Kajian ini merupakan

kajian kuantitatif yang dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan prosedur soal

selidik yang diadaptasi dari beberapa kajian lepas. Data dianalisis dengan

menggunakan Analisis Faktor Pengesahan (Confirmation Factor Analysis, CFA) dan

Pemodelan Persamaan Berstruktur (Structural Equation Modeling, SEM) dengan

menggunakan perisian IBM SPSS-AMOS versi 24.0. Penganalisisan data secara

statistik deskriptif pada peringkat pertama dilakukan untuk menjawab persoalan kajian

pertama mengenai persepsi guru Matematik terhadap konstruk kajian. Pada peringkat

kedua, melibatkan statistik inferensi untuk menjawab tiga persoalan kajian yang

merangkumi pengujian kesepadanan model berstruktur, hubungan berstruktur dan

penganalisisan SEM lanjutan bagi mengesan kewujudan moderator dalam model

berstruktur yang dihipotesiskan. Hasil kajian menunjukkan P, K, S dan AP mempunyai

persepsi pada tahap tinggi manakala Komp mempunyai persepsi pada tahap sederhana.

Kesepadanan model kajian yang dicadangkan dengan data kajian diperoleh adalah

tercapai dan signifikan berdasarkan kepada kesemua indeks kesepadanan (Goodnessof-

fit Indexes) yang ditetapkan. Dapatan menunjukkan terdapatnya hubungan

berstruktur signifikan antara P dengan AP; K dengan AP; dan S dengan AP manakala

Komp tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan AP. Pengalaman Mengajar

didapati mempunyai kesan moderator signifikan antara P dengan AP dan S dengan AP

tetapi tidak mempunyai kesan moderator signifikan antara K dengan AP. Dapatan kajian

ini diyakini dapat memberi implikasi penting terhadap teoritikal, metodologi dan pihak

yang terlibat dalam aspek perancangan dan penggubalan dasar pendidikan sehingga ke

peringkat pelaksanaan di sekolah dalam meningkatkan lagi kecemerlangan Amalan

Pengajaran Matematik yang berkesan dan berkualiti dalam kalangan guru Matematik

sekolah menengah khususnya.