Pembangunan dan kebolehgunaan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan pendekatan inkuiri bagi topik Koordinasi prauniversiti

Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menguji kebolehgunaan modul pengajaran

dan pembelajaran berasaskan pendekatan inkuiri bagi topik Koordinasi peringkat

prauniversiti. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantit...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Rashidah Ahmed Fuad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9490
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menguji kebolehgunaan modul pengajaran

dan pembelajaran berasaskan pendekatan inkuiri bagi topik Koordinasi peringkat

prauniversiti. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk

kajian pembangunan berpandukan Model ADDIE yang terdiri daripada lima fasa iaitu

analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Tiga instrumen soal

selidik digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik kesahan kandungan modul, soal

selidik kebolehpercayaan modul dan soal selidik kebolehgunaan modul. Kesahan

modul diperolehi daripada lima orang pakar dengan mengambil kira peratus

persetujuan pakar manakala kebolehpercayaan modul diperolehi melalui kajian rintis

menggunakan pekali Cronbachs Alpha. Seramai 73 orang pensyarah biologi dari Kolej

Matrikulasi di Zon Utara dipilih secara rawak menjadi responden untuk kajian ini bagi

menguji kebolehgunaan modul. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian

SPSS. Dapatan kajian menunjukkan modul ini mempunyai kesahan yang baik iaitu

purata peratus persetujuan pakar adalah 89% manakala nilai pekali Cronbachs Alpha

bagi kebolehpercayaan modul adalah 0.899. Analisis soal selidik menunjukkan

responden bersetuju bahawa modul yang dibina mempunyai kebolehgunaan yang baik

dengan purata min bagi konstruk kesesuaian, kecekapan dan kepuasan masing masing

3.71 (sisihan piawai, 0.278), 3.68 (sisihan piawai, 0.331) dan 3.74 (sisihan piawai,

0.364). Kesimpulannya, modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan pendekatan

inkuiri mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik serta dapat digunakan

oleh pensyarah matrikulasi untuk dilaksanakan di dalam kelas. Implikasi kajian

menunjukkan modul yang dibina ini dapat dijadikan sebagai alternatif bahan bantu

mengajar dan rujukan tambahan kepada pensyarah untuk menjalankan pendekatan

inkuiri dalam mata pelajaran Biologi seterusnya menggalakkan pembelajaran secara

aktif dalam kalangan pelajar.