Faktor yang mempengaruhi amalan, pelaksanaan pematuhan dan budaya Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan bidang teknologi di Institut Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Malaysia

Menuju ke arah sebuah negara maju dalam industri, Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan merupakan satu perkara yang sangat penting. Kesedaran terhadap perkara

ini perlulah ditanam kepada setiap individu semasa membuat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rosidi Fahlid Mohd Isa
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9491
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Menuju ke arah sebuah negara maju dalam industri, Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan merupakan satu perkara yang sangat penting. Kesedaran terhadap perkara

ini perlulah ditanam kepada setiap individu semasa membuat kerja amali dan

mereka yang memasuki alam pekerjaan. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk

menilai amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan diperingkat pusat latihan di

institut latihan vokasional dari sudut mengenal pasti tahap amalan keselamatan, tahap

pelaksanaan, tahap pematuhan dan tahap budaya amalan keselamatan dan kesihatan

pekerjaan. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai data primer dan data

kualitatif sebagai data sekunder yang digunakan sebagai data triangulasi. Kaedah

tinjauan juga digunakan kerana pengumpulan data dijalankan sekali sahaja dengan

menggunakan soal selidik secara terus daripada responden kajian dapat memberikan

penjelasan yang berkesan serta praktikal untuk mengkaji sesuatu fenomena dan boleh

membuat generalisasi terhadap populasi bagi sesuatu penyelidikan. Pendekatan

kualitatif bertindak sebagai sokongan hasil dapatan kajian yang menggunakan

pendekatan kuantitatif. Analisis ujian regresi menunjukkan pemboleh ubah

pelaksanaan, pematuhan dan budaya ini boleh meramal amalan keselamatan dan

kesihatan dalam kalangan pelajar serta pensyarah yang terlibat. Dapatan ini

menunjukkan bahawa budaya keselamatan merupakan faktor terpenting dalam

organisasi teknikal dan industri. Namun pematuhan dan pelaksanaan bukan peramal

kepada amalan keselamatan. Oleh itu, budaya keselamatan merupakan faktor

terpenting dalam organisasi teknikal dan industri. Kajian ini juga menunjukkan

kepentingan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan amat penting di amalkan

oleh setiap individu serta mewujudkan budaya kerja selamat yang secara tidak

langsungkan akan mewujudkan budaya keselamatan. Peningkatan kesedaran dan

pemahaman berkaitan keselamatan akan meningkatkan budaya keselamatan

organisasi secara keseluruhannya. Satu model keselamatan dan kesihatan pekerjaan

yang standard boleh dibentuk dan dipra ktikkan di sektor pendidikan teknikal sebagai

satu inisiatif ke arah pembentukan budaya kerja keselamatan sektor pendidikan

sebagai tempat kerja yang selamat.