Pembangunan dan persepsi murid terhadap MY CHEMISALT dalam kalangan murid kimia tingkatan empat

Kajian ini bertujuan membangunkan permainan MY CHEMISALT bagi tajuk

penyediaan garam dan mengenal pasti persepsi murid terhadap permainan ini. Kajian

ini menggunakan reka bentuk penyelidikan pembangunan berasaskan m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Marlina Mat Napes
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9513
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan membangunkan permainan MY CHEMISALT bagi tajuk

penyediaan garam dan mengenal pasti persepsi murid terhadap permainan ini. Kajian

ini menggunakan reka bentuk penyelidikan pembangunan berasaskan model reka

bentuk instruksional ADDIE. Teknik persampelan rawak kelompok dua peringkat

digunakan untuk memilih 225 orang murid tingkatan empat yang mengambil kimia dari

enam buah sekolah dalam daerah Gombak, Selangor sebagai sampel kajian. Persepsi

murid terhadap kebolehgunaan dan pengalaman bermain diukur dengan menggunakan

instrumen soal selidik dengan skala Likert lima mata yang diadaptasi daripada soal

selidik Model for the Evaluation of Educational Games (MEEGA+). Instrumen ini

mengandungi dua faktor kualiti iaitu kebolehgunaan dan pengalaman bermain. Data

kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu dengan menghitung Indeks

Kesahan Kandungan (CVI), nilai min serta sisihan piawai. MY CHEMISALT

mempunyai nilai kesahan kandungan yang tinggi dengan nilai CVI=1.00. Data persepsi

murid terhadap dua faktor kualiti MY CHEMISALT menunjukkan min skor yang tinggi

(min > 4.0) bagi kebolehgunaan (min=4.43, SP=0.43) dan pengalaman bermain

(min=4.87, SP=0.49). Kesimpulannya, MY CHEMISALT yang dibina dalam kajian ini

mempunyai indeks kesahan yang tinggi serta mendapat persepsi positif dari murid

berdasarkan dua faktor kualiti. Implikasinya, guru boleh menggunakan MY

CHEMISALT bagi mengukuhkan persediaan murid menjalankan eksperimen

penyediaan garam. Ciri-ciri menarik MY CHEMISALT dapat meningkatkan minat dan

motivasi murid terhadap tajuk tersebut.