Pembangunan modul FZ-STEM dalam topik Daya dan Gerakan serta keberkesanannya terhadap kemahiran abad ke-21 dan KBAT

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul FZ-STEM dalam topik Daya dan

Gerakan serta mengkaji keberkesanannya terhadap kemahiran abad ke-21 (KA-21)

dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Modul FZ-STEM ialah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Taufek Harun
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9527
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul FZ-STEM dalam topik Daya dan

Gerakan serta mengkaji keberkesanannya terhadap kemahiran abad ke-21 (KA-21)

dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Modul FZ-STEM ialah modul

pembelajaran berasaskan projek yang diintegrasikan dengan konsep Sains, Teknologi,

Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Kajian ini menggunakan Pendekatan Reka

bentuk dan Pembangunan (DDR) bagi membangunkan modul serta kaedah kuasi

eksperimen bagi menilai keberkesanan modul. Modul FZ-STEM yang dibangunkan

memperoleh kesahan kandungan yang baik dengan nilai min pekali kesahan

kandungan sebanyak 0.95 dan kebolehpercayaan yang sangat baik dengan nilai alfa

Cronbach sebanyak 0.857. Kajian keberkesanan modul FZ-STEM terhadap KA-21

dan KBAT dijalankan di sebuah sekolah menengah di Daerah Kerian, Perak. Kajian

dijalankan selama 8 minggu melibatkan responden seramai 60 orang murid yang

dipilih secara pensampelan rawak kelompok dan dibahagikan kepada dua kumpulan,

iaitu 30 orang dalam kumpulan rawatan dan 30 orang lagi dalam kumpulan kawalan.

Kumpulan rawatan mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan

menggunakan Modul FZ-STEM manakala kumpulan kawalan mengikuti PdP secara

konvensional. Praujian dan pascaujian KA-21 serta KBAT diberikan kepada keduadua

kumpulan tersebut. Dari segi dapatan ujian-t sampel berpasangan, didapati

kumpulan rawatan menunjukkan perbezaan yang ketara antara skor min praujian

dengan pascaujian KBAT dengan nilai (t(29)=-20.270, p=0.000). Malahan, dapatan

pascaujian KBAT bagi kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan yang lebih baik

berbanding dengan kumpulan kawalan (t(45.377)=9.378, p=0.000). Kesimpulannya,

penggunaan Modul FZ-STEM memberikan kesan yang ketara terhadap pencapaian

KBAT dalam kalangan murid. Kajian ini memberikan implikasi bahawa, pendekatan

Pembelajaran Berasaskan Projek STEM yang digunakan dalam Modul FZ-STEM

boleh digunakan sebagai salah satu strategi PdP oleh guru bagi menggalakkan

pembelajaran berpusatkan murid serta pembelajaran yang lebih aktif, sekaligus

mempertingkat pencapaian murid dalam mata pelajaran Fizik dengan cara yang lebih

mantap.