Amalan pengajaran berasaskan pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Menengah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi guru pendidikan Islam

berkaitan pengetahuan, kemahiran dan amalan serta hubungan antara tiga pembolehubah

tersebut dalam pengajaran berasaskan pembelajaran ko...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jamilah Ahmad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9528
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi guru pendidikan Islam

berkaitan pengetahuan, kemahiran dan amalan serta hubungan antara tiga pembolehubah

tersebut dalam pengajaran berasaskan pembelajaran koperatif sekolah menengah.

Rekabentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan

(servey). Instrumen soal selidik mengandungi 45 soalan digunakan dengan melibatkan

141 orang guru pendidikan Islam daerah Gombak, Selangor. Kaedah persampelan rawak

mudah dipilih untuk menentukan responden dalam kajian ini. Data yang dikumpul

dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 25.0. Analisis deskriptif min,

peratusan dan sisihan piawai digunakan untuk memberi penjelasan berkaitan tahap

persepsi guru terhadap tiga pembolehubah iaitu pengetahuan, kemahiran dan amalan

GPI. Manakala ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menentukan hubungan antara

pembolehubah tersebut. Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru terhadap

pengetahuan, kemahiran dan amalan pada tahap yang tinggi dengan nilai pembolehubah

pengetahuan (min = 3.98, p =.042), kemahiran ( min = 3.68, p = .450), dan amalan (min

= 3.88, p = .037). Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang

signifikan antara pembolehubah pengetahuan dan kemahiran dengan nilai (r = .583, p =

.000), manakala nilai (r = .687, p = .000) merupakan nilai kekuatan hubungan antara

pembolehubah kemahiran dengan amalan. Nilai ini menunjukkan kekuatan hubungan

positif antara pembolehubah adalah tinggi. Kesimpulannya, pengetahuan dan kemahiran

guru berkaitan pembelajaran koperatif dapat membantu pelaksanaan kaedah ini dengan

berkesan dalam bilik darjah. Oleh itu, kaedah pengajaran yang mengetengahkan pelbagai

bentuk aktiviti pengajaran ini dapat digunakan oleh guru supaya PdPc menjadi lebih

menarik dan berkesan bagi meningkatkan lagi kefahaman murid dalam mata pelajaran

pendidikan Islam.