Pembinaan dan pengujian model berstruktur ketaakulan statistik berdasarkan kaedah kuasa dua terkecil separa

Penyelidikan ini bertujuan membina dan menilai model berstruktur ketaakulan statistik

yang merangkumi pembinaan model pengukuran dan berstruktur konstruk ketaakulan

statistik, kognitif, dan bukan kognitif berdasarka...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Norsyadzila Mustafa
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2022
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9537
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:
Penyelidikan ini bertujuan membina dan menilai model berstruktur ketaakulan statistik

yang merangkumi pembinaan model pengukuran dan berstruktur konstruk ketaakulan

statistik, kognitif, dan bukan kognitif berdasarkan model persamaan berstruktur-kuasa

dua terkecil separa (MPB-KTS). Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan

digunakan dalam penyelidikan ini. Seramai 99 responden terlibat dalam penyelidikan

ini yang dipilih dalam kalangan bakal graduan program ijazah sarjana muda matematik

dengan pendidikan menggunakan teknik persampelan rawak berkelompok. Instrumen

penilaian ketaakulan statistik yang diadaptasi digunakan bagi mengumpul data

ketaakulan statistik responden. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SMARTPLS.

Dapatan penyelidikan menunjukkan model ketaakulan statistik yang dibina dapat

disuaikan dengan data empirikal berdasarkan kriteria kesahan, kebolehpercayaan

model pengukuran dan penyuaian padanan model berstruktur. Penyelidikan mendapati

kesemua konstruk yang dibina mempunyai hubungan yang signifikan antara satu sama

lain. Selain daripada hubungan antara ketaakulan stastistik dan pencapaian akademik,

penyelidikan ini berjaya mengesahkan pemboleh ubah penunjuk yang mewakili setiap

konstruk yang dibina dengan menggunakan analisis MPB-KTS. Kesimpulannya,

penyelidikan ini berjaya membina model ketaakulan statistik serta menilai

hubungannya dengan pencapaian akademik dan pemboleh ubah kognitif serta bukan

kognitif. Implikasinya, model yang dibina dapat digunakan oleh penyelidik dalam

bidang pendidikan statistik bagi menentukan faktor kognitif dan bukan kognitif yang

menyumbang terhadap pencapaian akademik.