Pembangunan dan penilaian keberkesanan modul Baca-Tulis prasekolah

Kajian ini bertujuan membangunkan dan menilai modul Baca-Tulis terhadap kebolehan

membaca dan menulis murid prasekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan

kuantitatif yang terdiri daripada dua fasa utama. Fasa pertam...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9540 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan membangunkan dan menilai modul Baca-Tulis terhadap kebolehan

membaca dan menulis murid prasekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan

kuantitatif yang terdiri daripada dua fasa utama. Fasa pertama melibatkan reka bentuk

pembangunan modul Baca-Tulis yang mendasari model ADDIE dan fasa kedua

menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen bagi menentukan kesan modul yang

dibangunkan. Seramai 100 orang murid prasekolah dari dua buah sekolah di daerah

Penampang, Sabah dipilih sebagai responden melalui persampelan rawak berkelompok.

Responden terdiri daripada 50 orang murid prasekolah kumpulan rawatan dan 50 orang

dalam kumpulan kawalan. Modul yang dibina disahkan oleh tiga orang pakar dengan

indeks kesahan .87 yang melibatkan penilaian kriteria modul dan keseluruhan

kandungan modul. Instrumen yang digunakan ialah penilaian membaca dan menulis

yang memperolehi indeks kebolehpercayaan antara .57 dan .69. Data dianalisis melalui

statistik deskritif dan inferens. Kebolehan membaca dan menulis diuji secara

berasingan. Ujian-t tidak bersandar untuk membaca menunjukkan terdapat perbezaan

yang signifikan pada skor min menyebut huruf (t = -0.71, t = 0.00), membaca suku kata

(t = -0.73, p = 0.00), membaca perkataan (t = -5.6, p = 0.00) dan membaca ayat (t =

22.9, p = 0.00) antara kedua-dua kumpulan. Sementara pula ujian-t tidak bersandar

untuk menulis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada skor min menulis

huruf (t = -11.3, p = 0.00), menulis suku kata (t =2.3, p = 0.00), menulis perkataan (t =

-9.72, p = 0.00) dan menulis ayat (t = -3.97, p = 0.00) antara kedua-dua kumpulan.

Kesimpulannya penggunaan modul Baca-Tulis dapat membantu murid prasekolah

menguasai membaca dan menulis. Implikasinya, modul Baca-Tulis yang

mengetengahkan pelbagai latihan aktiviti membaca dan menulis dapat memberikan

jalan penyelesaian untuk membantu murid prasekolah menguasai kebolehan membaca

dan menulis sebelum mereka melanjutkan pembelajaran ke sekolah rendah.