Amalan pengajaran guru Bahasa Arab menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di sekolah menengah

Amalan penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran guru

bahasa Arab merupakan amalan yang perlu diterapkan secara eksplisit iaitu secara

langsung. Walaupun KBAT telah lama dicanangkan dalam duni...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Najlaa Shazana Mohamad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9541
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Amalan penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran guru

bahasa Arab merupakan amalan yang perlu diterapkan secara eksplisit iaitu secara

langsung. Walaupun KBAT telah lama dicanangkan dalam dunia pendidikan di

Malaysia, namun tahap pengetahuan dan aplikasi KBAT dalam kalangan guru bahasa

Arab masih di peringkat sederhana. Tidak dinafikan terdapat segelintir guru-guru

bahasa Arab yang menerapkan KBAT dalam pengajaran mereka, namun penerapan ini

adalah secara tidak langsung. Arus transformasi dalam dunia pendidikan mendorong

guru-guru bahasa Arab mengubah cara pengajaran tradisional yang lebih kepada

pemusatan guru kepada pengajaran yang berpusatkan kepada murid melalui penerapan

KBAT ini. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka amalan pengajaran

menerapkan KBAT terhadap empat orang guru bahasa Arab di peringkat sekolah

menengah di negeri Johor. Tiga persoalan kajian yang ditumpukan ialah i) Apakah

amalan pengajaran guru bahasa Arab bagi menerapkan elemen Kemahiran Berfikir

Aras Tinggi? ii) Mengapakah guru menerapkan amalan pengajaran tersebut dalam

menerapkan elemen KBAT semasa pengajaran bahasa Arab? iii) Bagaimanakah

strategi pengajaran guru bahasa Arab yang berkesan menerapkan elemen Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi semasa pengajaran bahasa Arab di dalam kelas? Reka bentuk

kajian ialah kajian kualitatif berbentuk kajian kes (satu kajian pelbagai tempat). Peserta

kajian pula adalah guru-guru cemerlang bahasa Arab negeri Johor yang dipilih melalui

kaedah persampelan bertujuan. Data kajian dikumpulkan melalui pemerhatian tidak

turut serta, temubual separa berstruktur serta analisis dokumen. Kaedah tematik

digunakan untuk menganalisis data-data kajian yang telah dikumpulkan. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa peserta-peserta kajian telah menggunakan tiga amalan

pengajaran yang utama iaitu amalan main peranan, amalan pengajaran yang berasaskan

pembelajaran koperatif dan amalan pengajaran yang berasaskan pembelajaran

kolaboratif untuk menerapkan KBAT melalui tiga fasa pengajaran yang utama iaitu

fasa permulaan, fasa perkembangan dan fasa penutup.