Bentuk dan isi, watak dan perwatakan dan gaya bahasa dalam puisi tradisional Iban Timang Jalung

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis puisi tradisional masyarakat Iban timang

jalung yang dinyanyikan oleh sekumpulan lemambang dalam upacara gawai antu.

Objektif kajian ini ialah untuk melihat bentuk dan isi, me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ngabong Katoi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9546
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis puisi tradisional masyarakat Iban timang

jalung yang dinyanyikan oleh sekumpulan lemambang dalam upacara gawai antu.

Objektif kajian ini ialah untuk melihat bentuk dan isi, menganalisis watak dan

perwatakan serta menjelaskan unsur gaya bahasa yang digunakan dalam puisi timang

jalung. Kajian ini memanfaatkan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kerja

lapangan dan kajian kepustakaan serta analisis kandungan. Sampel kajian ialah

lemambang yang menyanyikan puisi timang jalung di daerah Betong dan Saratok yang

menyanyikan puisi timang jalung dalam upacara gawai antu. Teori strukturalisme dan

arketaipal digunakan untuk menganalisis bentuk dan isi, watak dan perwatakan serta

gaya bahasa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa puisi timang jalung berbentuk

naratif yang distrukturkan oleh baris, rangkap dan episod. Isinya pula ialah nyanyian

keselamatan, bilik, ruai, peralatan roh orang mati, mangkuk, air tapai, orang mati dan

raja berani. Ia memaparkan watak dan perwatakan lemambang, raja berani, indu nyua,

air tapai, mangkuk, roh orang mati dan semangat burung. Puisi timang jalung

menggunakan gaya bahasa asonansi, aliterasi, bahasa arkaik, bahasa figuratif, anafora,

personifikasi, simile, hiperbola, metafora, perumpamaan dan simbol. Kesimpulannya,

bentuk dan isi, watak dan perwatakan serta gaya bahasa puisi timang jalung diolah

berdasarkan pengulangan suku kata pada akhir perkataan dalam baris dan di akhir baris

dalam sesuatu rangkap. Pengulangan bunyi ini mempunyai kaitan dengan puisi timang

jalung yang berbentuk lisan supaya mudah diingat oleh para lemambang. Implikasinya

ialah kajian ini akan memberi pengetahuan tentang konvensi dan bentuk timang jalung

yang merupakan puisi kesusasteraan tradisional. Pengetahuan tersebut dapat dijadikan

sumber rujukan kepada para penulis untuk mencipta puisi moden yang berakarumbikan

tradisi untuk memperkembangkan bidang kesusasteraan Iban