Pembangunan dan penilaian modul pengajaran asas membaca menggunakan aplikasi teknologi android melalui papan putih interaktif

Kajian ini bertujuan untuk meneliti elemen KBAT dalam hasil penulisan karangan

Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah modul berasaskan pengajaran kemahiran

membaca menggunakan aplikasi teknologi android melalui pa...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9551 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk meneliti elemen KBAT dalam hasil penulisan karangan

Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah modul berasaskan pengajaran kemahiran

membaca menggunakan aplikasi teknologi android melalui papan putih interaktif yang

dapat membantu kanak-kanak belajar membaca dengan lebih berkesan. Pembangunan

modul ini melalui prosedur berasaskan model pengajaran ASSURE iaitu analisis kanakkanak,

penetapan objektif, pemilihan dan penggunaan kaedah, media dan bahan

sumber, strategi menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam pembelajaran dan

penilaian keberkesanan modul pengajaran. Kaedah kajian dijalankan melalui analisis

dokumen, pemerhatian dan kuasi eksperimen (kumpulan kawalan dan rawatan) yang

melibatkan 30 orang kanak-kanak Tabika Perpaduan berumur enam tahun dari kawasan

pinggir bandar di salah sebuah daerah negeri Perak. Dapatan kajian ini menunjukkan

bahawa kanak-kanak mempunyai pendedahan terhadap aplikasi android namun tiada

pengetahuan berkaitan papan putih interaktif. Selain itu, mempunyai asas kemahiran

membaca dan mempunyai kecenderungan kecerdasan pelbagai visual-ruang, kinestetik,

muzik dan intrapersonal. Penetapan objektif pembelajaran adalah berdasarkan

penyelarasan pelaksanaan melalui KSPK dan modul aplikasi android. Pemilihan dan

penggunaan kaedah, media dan bahan sumber, aplikasi android dan papan putih

interaktif menunjukkan peralatan tersebut menepati keperluan kurikulum, mempunyai

laras bahasa yang sesuai dan dapat menarik perhatian kanak-kanak juga melalui

pelbagai strategi yang berkesan. Penilaian keberkesanan modul ini menunjukkan

terdapat perbezaan yang signifikan di antara min skor ujian pasca bagi kedua-dua

kumpulan kawalan dan rawatan, iaitu skor bagi komponen vokal 1

[U(n1=30,n2=30)=120, p<.05], vokal 2 [U(n1=30,n2=30)=195, p<.05], konsonan 1,

huruf kecil dan besar [U(n1=30,n2=30)=150, p<.05] dan konsonan 2 [U(n1=30,

n2=30)=165, p<.05]. Kesimpulannya, modul pengajaran menggunakan aplikasi android

dan papan putih interaktif ini dapat membantu kanak-kanak membaca dengan lebih

mudah dan efektif. Implikasi kajian ini dapat meningkatkan dan membantu penguasaan

kemahiran pengajaran membaca menggunakan teknologi dengan lebih mudah,

meningkatkan kualiti pengajaran dan membantu menyedia dan mengurus bahan

pengajaran dengan lebih sistematik.