Analisis karya-karya visual Ahmad Shukri Mohamed melalui media campuran dalam konteks seni moden Malaysia

Penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti identiti visual karya-karya yang terbina

melalui karya Ahmad Shukri Mohamed. Sebanyak 5 buah karya yang menggunakan

media campuran iaitu Hope Dishonest I (1988), Cabinet V...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fairus Ahmad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9566
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti identiti visual karya-karya yang terbina

melalui karya Ahmad Shukri Mohamed. Sebanyak 5 buah karya yang menggunakan

media campuran iaitu Hope Dishonest I (1988), Cabinet V (1991), Insert Diskette

Series (1996), Sidang Rakyat Series #1 (Peoples Forum) (2002) dan Papan Hitam:

Hari Pertama Sekolah Negaraku (2015). Kesemua karya-karya yang dipilih adalah

merujuk kepada tempoh keatifan atau konsistensi pengkarya di dalam menzahirkan

karya-karya visual dalam pelbagai isu semasa di Malaysia. Fokus penyelidikan ini

adalah untuk mendokumentasi, menganalisis dan menginterpretasi bentuk karya

visual dalam kerangka seni moden Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan kerangka

konsep yang diadaptasi daripada Erwin Panofsky (1995) dan Muliyadi Mahamood

(2007). Objektif penyelidikan pula adalah mengenal pasti rupa bentuk fizikal karya,

aspek formalistik dan konteksnya dengan perkembangan seni moden Malaysia.

Penyelidikan ini cuba melihat ekspresi yang dijelmakan daripada pemikiran visual

pada imej dan bentuk karya oleh Ahmad Shukri Mohamed dengan menggunakan

media campuran. Penyelidikan ini mengaplikasi pendekatan kualitatif dengan

paradigma interdisplin. Kajian kes dijadikan sebagai reka bentuk penyelidikan.

Permerolehan data adalah melalui kaedah pemerhatian, temubual, dokumen dan

perakaman visual. Melalui permerhatian, dapatan utama yang diperolehi adalah

berhubung kepada kaedah menghasilkan karya visual dengan menggunakan bahan

campuran. Melalui dokumen, pemahaman yang lebih menyeluruh tentang unsur-unsur

formalistik yang dibina dalam sebuah karya secara bersiri. Perakaman visual pula

menemukan dengan hal-hal yang berkaitan kaedah penghasilan karya visual dan

hubungannya dengan isu-isu semasa. Data-data dianalisis dengan menggunakan

model interaktif Miles dan Huberman. Dapatan daripada penyelidikan ini menunjukkan

bahawa karya-karya visual yang dihasilkan oleh Ahmad Shukri Mohamed telah

membina dan memperteguhkan jati diri serta identiti sebagai perintis pelukis dalam era

seni moden Malaysia yang konsisten mengetengahkan media campuran dan proses

berkarya dalam budaya persekitaran semasa.