Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengajaran rekoder di kalangan guru bukan opsyen di Daerah Kanowit menerusi mentoring satu kajian kes

Alat muzik rekoder telah dikekalkan kepada pelajar sekolah rendah dalam

pelaksanaan kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) yang termasuk pengalaman

muzikal, penciptaan muzik, penghargaan muzik, membaca serta menul...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Janin Janting
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9569
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Alat muzik rekoder telah dikekalkan kepada pelajar sekolah rendah dalam

pelaksanaan kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) yang termasuk pengalaman

muzikal, penciptaan muzik, penghargaan muzik, membaca serta menulis notasi

muzik. Tinjauan awal penyelidikan mendapati bahawa guru muzik sekolah rendah di

daerah Kanowit terdiri daripada guru tanpa latihan formal muzik atau pengalaman

muzik. Mereka tidak mempunyai kemahiran bermain rekoder menyebabkan

pengajaran dan pembelajaran rekoder tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Oleh itu,

penyelidik telah melaksanakan satu kajian kes menggunakan kaedah mentor menti

untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi. Tiga orang guru sekolah rendah

di daerah Kanowit telah dipilih secara khusus dan telah dibimbing sehingga mereka

berupaya melaksanakan pengajaran rekoder ke tahap yang diharapkan. Kajian kes ini

telah melalui prosedur pemerhatian, temu bual dan dokumentasi yang kebanyakannya

dilakukan di lapangan. Data yang dianalisis telah dikategorikan mengikut tema yang

ditentukan dalam menjawab persoalan penyelidikan. Hasil kajian membuktikan

bahawa kaedah mentor menti dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan keduadua

mentor dan menti. Ketiga-tiga menti didapati berjaya menguasai teknik

permainan rekoder yang diperlukan dan berupaya melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran rekoder di sekolah rendah dengan yakin. Mereka berpendapat bahawa

prosedur mentor menti membolehkan mereka menguasai pengetahuan dan kemahiran

yang di perlukan malah berupaya mengeratkan perhubungan di antara menti dan

mentor. Di samping itu, ia turut membantu meningkatkan kemahiran penyelidik

melaksanakan kaedah mentor menti dengan lebih baik. Kajian ini hanya berfokus di

daerah Kanowit dengan tiga orang subjek kajian; Oleh itu, generalisasi adalah tidak

relevan, bagaimanapun, ia mungkin boleh membantu mereka yang menghadapi

fenomena yang sama.