Kesan penggunaan Modul Rimba terhadap pencapaian sikap dan minat murid Orang Asli dalam mempelajari peribahasa Bahasa Melayu

Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan Modul Rimba terhadap pencapaian

murid Orang Asli terutama dalam topik peribahasa. Objektif kajian adalah mengenal

pasti perbezaan pencapaian min yang signifikan antar...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Saliza Sahli
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2022
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9577
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:
Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan Modul Rimba terhadap pencapaian

murid Orang Asli terutama dalam topik peribahasa. Objektif kajian adalah mengenal

pasti perbezaan pencapaian min yang signifikan antara kumpulan kawalan dan

kumpulan rawatan berdasarkan penguasaan peribahasa dalam Modul Rimba, mengenal

pasti perbezaan pencapaian murid Orang Asli dalam penguasaan peribahasa

berdasarkan latar belakang murid Orang Asli dan menganalisis hubungan antara sikap,

minat dan pencapaian dalam penguasaan peribahasa murid Orang Asli terhadap

pembelajaran topik peribahasa. Seramai 111 orang murid Orang Asli tahun tiga telah

dipilih daripada enam buah sekolah sebagai sampel di daerah Kuala Langat, Selangor

melalui kaedah intact group. Jumlah sampel daripada enam buah sekolah dibahagikan

kepada dua kumpulan iaitu tiga sekolah sebagai kumpulan kawalan dan tiga sekolah

lagi sebagai kumpulan rawatan. Data dianalisis dengan secara deskriptif dan inferensi.

Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ialah kuantitatif dengan menggunakan

kaedah kuasi-ekperimental, tinjauan dan korelasi berlandaskan Teori Kognitif serta

Pendekatan Didik Hibur. Hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan peningkatan min

kumpulan rawatan daripada 26.69 kepada 58.05 selepas menggunakan Modul Rimba.

Seterusnya, latar belakang murid Orang Asli bukanlah faktor utama yang menyebabkan

peningkatan markah dalam pascaujian. Namun begitu, sikap dan minat mempunyai

hubungan yang positif serta pada tahap yang kuat, dengan Pekali Pearson r (n=111, p

= 0.000) = 0.874. Penggunaan Modul Rimba dalam pembelajaran topik peribahasa telah

meningkatkan pencapaian mereka dalam pascaujian. Kajian ini diharapkan dapat

membantu dalam penghasilan modul pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik

untuk murid Orang Asli di Malaysia.