Strategi pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Selatan Thailand

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti strategi pembelajaran Bahasa Melayu

dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Selatan Thailand. Strategi dikenal pasti melalui

analisis perbezaan min antara stra...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yasmin Abdulloh
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9587
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti strategi pembelajaran Bahasa Melayu

dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Selatan Thailand. Strategi dikenal pasti melalui

analisis perbezaan min antara strategi pembelajaran Bahasa Melayu berbanding dengan

jantina, lokasi sekolah, bahasa pertuturan, serta pencapaian pelajar. Kajian tinjauan ini

dijalankan terhadap 180 orang pelajar dengan persampelan secara bertujuan. Instrumen

kajian ini terdiri daripada soal selidik dan penulisan karangan pelajar. Data dianalisis

menggunakan perisian Statistical Package For Science (SPSS) versi 23.0 bagi menganalisis

statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan analisis ujian-t, dan ANOVA sehala.

Dapatan menunjukkan bahawa strategi pembelajaran bahasa yang kerap digunakan dalam

kalangan pelajar Thai ketika mempelajari Bahasa Melayu ialah strategi metakognitif. Diikuti

pula strategi gantian dan yang paling sedikit adalah strategi memori. Dapatan ujian-t

menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara strategi pembelajaran

Bahasa Melayu dengan jantina t (.5084)= 1.897, p>.05, dan bahasa pertuturan t (.1162)= -

.858, p>.05 manakala dapatan ujian ANOVA sehala menunjukkan bahawa, terdapat

perbezaan yang signifikan antara strategi pembelajaran Bahasa Melayu dengan lokasi

dengan min nilai F(2,177)=9.034, p<0.05. Selain itu, ujian ANOVA sehala bagi strategi

pembelajaran Bahasa Melayu dengan pencapaian pelajar menunjukkan bahawa, tidak

terdapat perbezaan yang signifikan dengan min nilai F (4,175)= 0.384, p>.05.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai SPB yang digunakan oleh pelajar Selatan Thailand.

Implikasi kajian ini ialah guru di Selatan Thailand perlu menggunakan pelbagai SPB untuk

meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Thai.