Tinjauan terhadap pendidikan etika reka bentuk oleh mahasiswa, pensyarah dan profesional industri kreatif

Kajian ini dijalankan bagi mengemukakan cadangan garis panduan pendidikan etika

reka bentuk bagi Program Industri Kreatif di institusi pengajian tinggi. Tetapi isu dan

permasalahan membabitkan aspek etika masih tida...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Afiq Ridhwan Tarmizu
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9594
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan bagi mengemukakan cadangan garis panduan pendidikan etika

reka bentuk bagi Program Industri Kreatif di institusi pengajian tinggi. Tetapi isu dan

permasalahan membabitkan aspek etika masih tidak ditangani permasalahannya seperti

isu plagiat serta tiada pemikiran sistematik terhadap kesan reka bentuk yang dihasilkan

daripada segi aspek etika. Objektif kajian ini adalah untuk menilai perilaku pelajar

terhadap etika reka bentuk dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi, menilai

amalan pengajaran yang dilaksanakan oleh pendidik institusi pengajian tinggi serta

menilai cabaran yang berkaitan dengan etika reka bentuk yang dihadapi oleh

profesional industri kreatif bagi mengemukakan cadangan garis panduan pendidikan

etika reka bentuk untuk Program Industri Kreatif. Kajian ini menggunakan kaedah

kuantitatif reka bentuk tinjauan. Borang soal selidik diagihkan kepada para responden.

Pensampelan kajian, iaitu pensampelan berstrata yang merujuk kepada ciri-ciri spesifik

individu daripada segi penglibatan dalam bidang industri kreatif yang mempunyai

pendidikan serta pengetahuan di dalam bidang industri kreatif. Seramai 361 bilangan

responden yang terlibat dalam kajian ini, pelajar 164 orang, tenaga pengajar 108 orang

dan 89 orang profesional industri kreatif. Hasil dapatan kajian ini berdasarkan nilai min

dan sisihan piawai daripada data yang dikumpulkan menerusi kajian tinjauan, ia

menunjukkan bahawa perilaku pelajar mengenai aspek etika merupakan aspek penting

terhadap etika reka bentuk. Manakala pensyarah pula, amalan pengajaran yang

dilaksanakan menunjukkan aspek etika merupakan elemen yang penting dalam sesi

pengajaran yang dijalankan. Seterusnya, profesional industri kreatif, aspek etika

merupakan elemen yang penting bagi menangani cabaran yang berkaitan etika reka

bentuk yang dihadapi. Ia dijelaskan melalui hasil dapatan kajian responden pelajar,

pensyarah dan profesional industri kreatif melalui catatan bacaan nilai min tinggi dan

sangat tinggi pada hasil dapatan kajian ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa aspek

etika merupakan elemen penting kepada ketiga-tiga golongan ini. Maka, satu garis

panduan pendidikan etika reka bentuk untuk Program Industri Kreatif di institusi

pengajian tinggi telah dihasilkan menerusi dapatan kajian. Justeru itu, kajian ini dapat

memberikan satu modul pendidikan etika reka bentuk yang dapat dipraktikkan dalam

Program Industri Kreatif di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Secara tuntasnya,

penghasilan garis panduan ini merupakan sesuatu yang penting terhadap industri kreatif

dalam memupuk aspek aspek etika di kalangan pelajar, pensyarah dan profesional

industri kreatif.