Ciri-ciri kepimpinan dan kesannya dalam Tuhfat Al-Nafis karya Raja Ali Haji berdasarkan Teori Takmilah

Kajian dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri kepimpinan dalam Tuhfat al-Nafis karya

Raja Ali Haji. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan dalam

Tuhfat al-Nafis karya Raja Ali Haji, menghuraikan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Amirul Hasraf Mohd Yusof
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9595
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri kepimpinan dalam Tuhfat al-Nafis karya

Raja Ali Haji. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan dalam

Tuhfat al-Nafis karya Raja Ali Haji, menghuraikan ciri-ciri kepimpinan dalam Tuhfat

al- Nafis berdasarkan Teori Takmilah dan menganalisis kesan kepimpinan dalam

Tuhfat al- Nafis karya Raja Ali Haji. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan

menggunakan kajian kepustakaan dan analisis kandungan teks. Analisis naskhah ini

secara deskriptif berdasarkan Teori Takmilah berpandukan prinsip kedua iaitu Prinsip

Kerasulan sebagai Insan Kamil. Tuhfat al-Nafis mengandungi peristiwa-peristiwa

kerajaan Melayu di Semenanjung Melayu, Kepulauan Riau-Lingga, Siak, Kalimantan

Barat, Sulawesi Selatan dan Betawi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pemimpin

yang mengamalkan ciri-ciri kepimpinan berakhlak baik seperti adil, kuat beribadah dan

menghubungkan silaturrahim. Terdapat pemimpin menggunakan ciri-ciri kepimpinan

seperti siddiq, amanah, tabligh dan fatanah. Dapatan juga menunjukkan kesan amalan

ciri-ciri kepimpinan di atas menjadikan negeri aman damai, hasil ekonomi makmur,

mendamaikan pertelingkahan dan mengalahkan musuh. Kesimpulan kajian ini

menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dan kesannya yang menepati Teori Takmilah.

Implikasi kajian ini diharapkan memberi panduan dalam menganalisis aspek-aspek

kepimpinan dalam teks sastera sejarah.